Saturday, March 19, 2011

Taib Mahmud lebih kaya daripada Sultan Brunei?

Oleh: WAN NORDIN WAN YAACOB

Kehidupan sebilangan besar masyarakat di Kuching masih lagi dibelenggu dengan kemiskinan yang melampau walaupun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hidup dalam 'wang yang melimpah'.

Jurang kekayaan 'melampau' Taib Mahmud dan sanak saudara serta kroninya sangat jauh berbanding rakyat kebanyakan yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dalam tinjauan yang dibuat Harakah pada 13 Mac di sekitar Bandar Kuching, Petrajaya dan 14 Mac di Miri mendapati jurang kehidupan antara kaya dan miskin sangat keterlaluan.

Di kawasan Kampung Gita Baru dan Gita Kubur, terdapat penempatan setinggan yang cukup dhaif, meskipun kehidupan wakil rakyat kawasan berkenaan, Dato' Daud Abdul Rahman sangat mewah dengan memiliki rumah umpama 'istana Sultan Brunei'.

Di kawasan ini, terdapat rumah yang hanya menanti masa untuk rebah menyembah bumi, dengan penghuninya hanya bergantung kepada sumber pendapatan melalui aktiviti pertanian, dan pekerjaan menjadi buruh binaan.

Kawasan Kampung Gita Baru terletak di tengah-tengah pembangunan pesat industri dan bangunan tinggi yang dimiliki oleh sanak saudara kaum kerabat Taib Mahmud serta pemimpin BN di Sarawak.

Sedang pemimpin BN duduk di mahligai mewah, rakyatnya masih duduk di kawasan semak samun setinggan yang kerap menghadapi masalah banjir kilat dan bahaya ancaman penjenayah.

Malah lebih menyedihkan, seorang penduduk yang ditemui yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka terpaksa mengharap belas ihsan dan bekerja dengan gaji yang terlalu murah untuk menampung kehidupan.

Rumah yang didiami hanya seluas reban ayam, dan usaha untuk membaik pulih serta membesarkan rumah tidak mampu dilakukan memandangkan tiada sumber pendapatan yang mencukupi atau pihak yang membantu.

Banjir yang berlaku pada awal Februari 2011 menyebabkan struktur rumahnya agak tidak kukuh, malah kayu yang menjadi pasak tiang kepada rumahnya mula mereput dan menanti untuk rebah ke bumi.

Sedangkan, tidak jauh dari kawasan itu terdapatnya kediaman Taib Mahmud yang seluas mata memandang, sebesar sebuah kompleks perumahan dengan tasik buatan disebelah kanan kediaman.

Sementara jajaran sungai di belakangnya menampakkan rumah Taib Mahmud sangat ekslusif mengalahkan rumah Perdana Menteri di Putrajaya.

Di sekeliling kawasan rumahnya, terdapat kediaman mewah pegawai-pegawainya serta beberapa wakil rakyatnya, sementara dihadapanya terdapat Dataran Hamidah yang menempatkan kawasan santai dan tempat makan yang bergaya mewah.

Tinjauan Harakah diteruskan lagi ke kawasan berhampiran Sungai Kuching yang memisahkan antara Bandar Kuching dengan Petrajaya dimana terdapatnya Bangunan Baru Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak di atas bukit bergaya mewah dan ekslusif.

Sedangkan tidak jauh dari situ, kira-kira 500 meter, terletaknya bangunan lama Dun Sarawak yang masih utuh, namun tidak lagi digunakan dan ibarat 'gajah putih' yang terbiar begitu sahaja.

Tinjauan Harakah diteruskan ke Miri pada sebelah malamnya, dengan krew Harakah meninjau kehidupan masyarakat setinggan dan petani pinggir bandar.

Di kawasan pinggir Bandar Miri, terdapat sebuah perkampungan setinggan yang rata-rata penghuninya tidak mendapat hak tanah mereka walaupun mendiami kawasan itu sejak 30 dan 40 tahun lamanya.

Mereka tersisih dalam arus pembangunan dan kehidupan mewah tauke-tauke dari kalangan kroni taib Mahmud, malah perbezaan yang cukup ketara antara rumah mereka dengan rumah tauke-tauke yang menjadi 'pengampu' kepada pemerintahan Taib Mahmud.

Namun, apa yang mampu mereka lakukan untuk merubah nasib mereka jika hak untuk mendapatkan tanah melalui dasat Orang Asal sekalipun tidak terjamin dalam Kanun Tanah Sarawak.

Seorang aktivis rakyat di Sarawak, Umar Junid menyifatkan, kehidupan melampau dan kekayaan Taib Mahmud sebenarnya yang menyebabkan rakyat di Sarawak menderita kemiskinan.

Beliau menakfrikkan kekayaan yang dimiliki Taib Mahmud melebihi kekayaan yang ada pada Sultan Brunei.

"Hanya dengan perubahan menjatuhkan Taib Mahmud, nasib rakyat di sini akan terbela," katanya..

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.