Monday, March 28, 2011

Solidariti Mahasiswa Malaysia sambut saranan Dr.Asri

Oleh Ahmad Syukri Ab Razab

Melihat kepada situasi semasa politik Malaysia, kerisauan rakyat sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Pendedahan video seks oleh individu yang menggelarkan dirinya sebagai Datuk T dilihat sudah melampaui norma politik yang seharusnya diamalkan secara bersih dan adil. Tindakan terbuka Datuk T itu menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat kebanyakan, apakah perbuatan tersebut sudah diterima sebagai tindakan normal dalam demokrasi Malaysia?

Atas dasar penuh sedar, Solidariti Mahasiswa Malaysia akan melancarkan "Kempen Rakyat Selamatkan Malaysia" yang akan berlansung selama dua minggu bermula 28 mac 2011 sehingga 8 April 2011. Kempen ini antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada rakyat mengenai situasi semasa dan langkah yang perlu dimainkan oleh semua pihak untuk merawati keparahan kondisi politik Malaysia. Antara agenda yang akan digerakkan ialah, program mahasiswa bertemu rakyat, forum politik dalam kelambu, Speaker's Corner Pimpinan Mahasiswa di kampus seluruh negara, dan pelbagai lagi program yang akan dimampatkan dalam masa dua minggu.

SMM meletakkan sasaran untuk menutup kempen ini dengan mengadakan himpunan besar-besaran dengan tema "Himpunan Rakyat untuk Politik Bersih Dan Adil".

Berikut merupakan beberapa faktor asas yang mendorong SMM untuk melancarkan "Kempen Rakyat Selamatkan Malaysia"

1. isu Video Seks : Pemain Politik Kotor menghasilkan pemerintahan bobrok.

SMM tidak melihat isu video seks sebagai isu tunggal yang perlu diberi perhatian, namun Mahasiswa lebih suka untuk menilai isu yang berlaku adalah hasil daripada pemain politik yang kotor lantas menghasil budaya pemerintahan yang bobrok. SMM beranggapan tidak perlu diragui lagi betapa rosaknya integriti seorang pemimpin yang sanggup mendendangkan politik murah demi menjatuhkan pesaing politik. Sudah pasti sistem pemerintahan negara akan semakin tempang jika pemimpin yang tidak berintegriti ini terus dibenarkan untuk menduduki kerusi pentadbiran. Oleh itu SMM menyarankan agar pihak kerajaan segera melakukan pemutihan dalam kerusi pentadbiran negara agar suasana politik Malaysia kembali berteraskan nilai dan peradaban

2. Isu Video Seks : Lenturan pendidikan politik songsang

SMM bersetuju dengan kenyataan ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin yang disiarkan dalam beberapa akhbar utama baru baru ini yang menunjukkan kerisauan beliau terhadap kondisi politik negara yang semakin bercelaru dengan budaya politik lucah. Belum pun isu video intim Chua Soi Lek reda dari pemikiran masyarakat, sekarang sudah ditimbulkan pula isu lucah yang baru. Apakah budaya ini akan diteruskan sehingga boleh diterima sebagai norma biasa oleh generasi akan datang. SMM dengan tegas menyatakan bahawa mahasiswa menggesa agar permainan isu ini dihentikan segera oleh semua pihak yang berkaitan. SMM juga mendesak agar pelaku utama yang mendedahkan video seks ini segera diheret ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya. Hal ini penting bagi memberi mesej kepada rakyat bahawa budaya ini adalah sangat tidak sihat untuk masa depan demokrasi negara.

3. Video Seks, Pecah cermin, Penggantungan Mahasiswa : Kemusnahan Politik Nilai

SMM berpendirian bahawa suasana politik Malaysia perlu dirobah dari peringkat akar umbi. Jika di peringkat nasional, masyarakat dihantui dengan isu politik lucah, di kampus pula mahasiswa dibebani dengan salah guna kuasa pentadbir yang persis seperti tirani yang gemar untuk menekan rakyat. Isu pecah pintu di UPM dan penggantungan mahasiswa Universiti Malaysia adalah merupakan agenda pencabulan demokrasi yang terus dilakukan oleh pihak universiti.

Di UPM, mahasiswa dihalang daripada bertemu dengan pentadbir Universiti untuk mendapatkan penjelasan berkaitan pembatalan kemenangan calon Pro Mahasiswa dalam PRK. Kesombongan pentadbiran dengan kuasa yang dimiliki akhirnya mencetuskan ketegangan sehingga pintu utama Pejabat HEP pecah dirempuh mahasiswa.

Di UM pula, seorang calon Pro Mahasiswa dikenakan tindakan tatatertib dengan digantung selama satu semester hanya kerana dituduh memalukan nama universiti. Tempoh perbicaraan yang singkat dan penafian hak untuk memanggil saksi luar menjadi penguat kepada mahasiswa untuk menyatakan bahawa demokrasi kampus terus dicabuli.

Oleh itu, dengan keadaan politik Malaysia yang bercelaru ditambah dengan suasana pendidikan politik dalam universiti yang turut tercemar dengan pencabulan demokrasi, Maka SMM melihat menjadi satu keperluan segera untuk menggerakkan kuasa rakyat dalam mengubah suasana politik Malaysia yang semakin parah. SMM juga tidak menolak kemungkinan untuk mengheret kondisi ini ke medan PRU 13 sebagai puncak untuk membina semula Malaysia dengan pengamalan politik yang lebih baik.

Baca tulisan Dr.Asri: Adakan Perhimpunan Anti Politik Lucah

*Kenyataan media oleh Ahmad Syukri Ab Razab selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.