Saturday, March 19, 2011

Tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu membawa Tsunami di Sarawak

Oleh Jebat Sarawak

Kenyataan demi kenyataan, harapan demi harapan antara pihak kerajaan Sarawak dan Pakatan Rakyat sudah semakin kencang bertiup. Segala persediaan dan kelengkapan rasa-rasanya sudah disediakan untuk kedua-dua pihak saling mengempur kubu musuh masing-masing.

Seperti biasa kerajaan Sarawak yang bernaung di bawah Barisan Nasional sudah rancak mengorak langkah. Pelbagai program dilaksanakan di peringkat akar umbi. Pelbagai peruntukan sudah disediakan untuk DUN masing-masing. Pelbagai berita sudah dimuatkan dalam media BN.

Manakala di pihak PR pula pertemuan demi pertemuan dengan pemimpin Sarawak turut semakin rancak. Terdapat juga program untuk mengukuhkan penampilan PR sebagai alternatif terbaik untuk dijadikan rakyat Sarawak sebagai penganti BN. Reaksi rakyat Sarawak dengan adanya perkembangan teknologi media elektironik sekarang ini sangat memberangsangkan bahawa PR mampu merealisasikan harapan mereka mengoncang kekuatan kubu Taib Mahmud yang selama ini bertahan kukuh selama 30 tahun.

Jika segalanya dirancang dengan teliti. Segalanya tidak mustahil untuk berlaku. Kebijaksanaan dan persefahaman jitu di pihak PR yang dianggotai oleh PKR, PAS, DAP dan SNAP membuat satu resolusi bersama yang kukuh dan ampuh mampu memikat hati rakyat Sarawak. Ya, sebenarnya bukan susah pun nak mengubah pandangan rakyat Sarawak terhadap pemilihan calon yang sesuai. Cuma seringkali berlaku kealpaan dan kebodohan di peringkat perancangan PR sendiri yang menjadikan impian tidak tercapai. Misalnya dalam PRK Sibu tempohari, perubahan rakyat mampu dicapai dengan jayanya.

Jika pihak PR ingin mencapai matlamatnya untuk menggugat BN di Sarawak maka perkara-perkara pokok harus dipertimbangkan sebaik-baiknya oleh pihak komponen PR.

Agihan kerusi

Pastikan agihan kerusi antara komponen PR mampu memuaskan hati semua ahli komponen. Pembahagian haruslah mengelak daripada keyakinan kosong untuk menang tetapi berdasarkan kepada kemampuan kawasan untuk dimenangi oleh setiap komponen PR yang bertanding. Kalaulah ada mana-mana parti yang menyatakan keyakinan boleh menang semata-mata untuk mendapatkan ikerusi. Tak payahlah.

Sejarah membuktikan bukan senang untuk menumbangkan kerajaan BN lebih-lebih lagi ia dikuasai oleh Taib Mahmud. Satu-satunya komponen yang boleh berbangga ialah DAP. Percaturan DAP dalam menentukan kerusi untuk mengukuhkan perjuangan mereka dalam politik Sarawak harus dijadikan ukuran dan panduan.

Dalam perkiraan agihan kerusi untuk PRN kali ini biarlah pemimpin komponen PR Sarawak menyedari bahawa kerusi yang dipertandingkan ini hanya melibatkan kerusi DUN Sarawak. Masih ada lagi kerusi Parlimen yang belum tersentuh oleh setiap komponen. Dan seharusnya dalam proses tawar menawar kerusi DUN maka seharusnya kerusi Parlimen juga harus diambil kira. Ini bagi mewujudkan situasi menang-menang dalam komponen masing-masing. Yang penting dalam agihan ini jangan ada yang tamak haloba. Takut nanti ayam terlepas , tangan menggenggam tahi.

Manifesto PRN Sarawak

Manifesto pihak PR mestilah jelas kali ini. Rasa-rasanya Buku Jingga tidak sesuai dilobi untuk PRN Sarawak. Ia lebih sesuai untuk PRU 13 nanti. Namun ia juga memainkan peranan penting untuk mereralisasikan harapan PR dalam PRU 13 nanti.

Pihak pemimpin PR harus memasukkan semangat perubahan rakyat Sarawak. Dengan kata lain apa sebenarnya yang dimahukan oleh rakyat Sarawak perlu dijadiikan sebagai manifesto PR. Misalnya bagaimana PR mahu menjadikan kepimpinan Sarawak di kemudian hari diwakili oleh golongan pemimpin yang tidak rasuah. Bagaimana tindakan PR sekiranya kuasa pada tangan mereka untuk pemimpin BN yang rasuah ? Jika PR mampu menciptakan keyakinan tinggi terhadap perkara ini nescaya rakyat akan berani berubah. Ini kerana rasuah di kalangan pemimpin BN terutama REJIM Taib begitu tidak disenangi oleh kebanyakan rakyat Sarawak. Sebab itulah isu rasuah Taib yang kini menjadi perhatian negara dan dunia cukup mengujakan rakyat yang sekian lama ditipu oleh Taib.

Selain rasuah isu rampasan tanah oleh syarikat-syarikat yang berkepentingan dengan pemimpin BN juga merupakan barah yang menunggu untuk diubati oleh pimpinan PR. Bukan sekadar mahu membela nasib rakyat yang teraniaya tetapi bagaimana mereka mampu mengambil inisiatif untuk mengembalikan hak kepada tanah yang hilang itu kepada rakyat atau sekurang-kurangnya menambahkan keuntungan kepada rakyat hasil kehilangan tanah mereka tersebut. Jika perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam manifesto PR maka semestinya pengundi luar Bandar akan mudah memihak kepada PR.

Manifesto yang focus kepada kaum wanita dan golongan tua juga harus menjadi fokus keutamaan pihak PR. Ini kerana kedua-dua kumpulan ini begitu terhaga oleh pihak BN. Jika pihak PR mampu menambah sesuatu yang lebih baik drp BN maka pastinya golongan ini mampu menyokong PR.

Masa berkempen

Permohonan pihak PR untuk memohon tempoh 21 hari untuk PRN Sarawak adalah sesuatu yang munasabah. Namun sekiranya perkara ini sukar dipenuhi oleh pihak SPR yang semakin menjaga parti pemerintah maka sewajarnya tempoh 14 hari seharusnya dijadikan satu ketetapan yang khusus untuk dipohon oleh pihak PR. Bukan senang nak menjelajah seluruh pelosok megeri hanya dalam masa 9 hari. Sepertimana kata pemimpin BN selama ini walaupun kerajaan sudah berkuasa selama 47 tahun namun kesukaran mereka membawa pembangunan dan perubahan di Sarawak ialah kerana kedudukan Sarawak yang cukup besar dan muka buminya bergunung ganang. Jadi apakah jaminan pihak PR pula jika masa 9 hari untuk mereka mampu menjelajah seluruh pengundi dalam masa 9 hari ? Nak menang mestilah PR perlu mencari peluang yang sehabis baik untuk mencapainya.

Jentera pilihanraya

Rasa-rasanya dalam PRN kali ini pihak PR bertuah kerana terdapat 4 buah negeri yang kini dikuasai oleh pihak PR. Maka dengan adanya kerajaan di 4 buah negeri ini maka rasa-rasanya bantuan daripada keempat-empat negeri tersebut mampu digunakan untuk menambahkan kekuataan kempen PR kelak. Bukan hanya sekadar jentera parti kampungan tetapi pemimpin-pemimpin negeri PR juga harus dilibatkan sama. Segala peralatan audio video mestilah dibekalkan untuk kegunaan kempen kali ini.

Malah bukan sekadar ceramah berapi-api diperlukan untuk pendengaran rakyat tetapi tayangan-tayangan berkualiti mengenai kepincangan Sarawak dan pentadbviran PR juga harus ditunjukkan kepada rakyat Sarawak. Sebaran maklumat melalui media elektronik dan bahan bercetak haruslah diperbanyakkan kali ini. Biarlah segala maklumat yang ingin disampaikan kepada rakyat dapat dipertunjukkan sejhelas-jelasnya kepada pengundi Sarawak. Sedangkan pihak BN setiap masa media TV dan cetak mereka melaporkan mengenai usaha kerajaan BN membantu rakyat. Sekarang pihak PR juga mampu melakukan perkara yang sama.

Sesungguhnya gandingan kempinnan Islam dalam PAS, Cina dalam DAP, Kaum Dayak dalam SNAP dan pelbagai kaum dalam PKR seharusnya memudahkan PR mematahkan sentiment pertkauman @ rasis yang sering menjadi senjata pemimpin BN. Sibu telah membuktikan keberkesanan gandingan ini dengan cara yang tepat.

Selain itu cara berkempen yang lebih menekankan kepada soal kebajikan dan keselamatan kaum-kaum tua juga harus ditingkatkan kali ini. Ini kerana mereka bukan hanya menunggu durian runtuh berupa barangan makanan tetapi jaminan untuk terus sihat juga amat dinanti-nantikan oleh mereka. Masih banyak golongan yang memerlukan kebajikan terabai dan tercicir oleh kelemahan kepimpinan BN.

Sewajarnya media altenatif PR sudah mewujudkan portal rasmi masa ini untuk kegunaan mereka menyampaikan maklumat dan mendapat respon isu-isu yang bakal diperlukan dalam kempen mereka. Kita lihat belum ada satu portal rasmi pihak PR untuk PRN ini. Maka sewajarnya pihak PR mengambil inisiatif yang cepat dalam hal ini. Jangan hanya tunggu waktu berkempen je. Sekarang ia sudah boleh diwujudkan. Meskipun terdapat media-media lain waktu ini tetapi bila ada saluran utama untuk PRN kali ini seluruh rakyat dapat disampaikan maklumat dengan lebih teratur dan tersusun.

Calon

Jadi diharapkan kali ini pighak PR akan memastikan calon PR adalah calon yang berwibawa dan mendapat kepercayaan parti dan rakyat untuk berjuang membawa suara mereka. Jangan sekali-kali menggunakan mereka yang hanya mementingkan diri. Rakyat Sarawak juga tidaklah bodoh sangat untuk menilai kredibiliti calon yang bertanding. Cuma selama ioni calon-calon yang menentang BN hanya calon tangkap muat saja. Sebab itu rakyat lebih rela memilih pemimpin kerajaan meskipun mereka tahu pemimpin tersebut gagal sebagai wakil rakyat mereka.

Sekiranya segala aspek yang dinyatakan di atas mampu dijadikan sebagai perkiraan pimpinan PR dalam PRN Sarawak kali ini pastinya tidak muistahil kekuataan BN dan Taib akan Berjaya digoncangkan oleh pihak PR. Jika tidak pun Tsunami atau gempa bumi berlaku dalam kerusi DUN Sarawak kali ini. Pastinya rebut kencang angin Timur Laut mampu menurunkan hujan lebat menghanyutkan kerusi BN. Dan pastinya dalam PRU 13 nanti kerusi Sarawak akan mampu menyumbangkan kekuatan PR dalam menuju Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.