yokong BN selepas pengumuman yang dibuat di DUN Merlimau, jelas betapa jahilnya UMNO khususnya dan BN amnya tentang soal hukum halal dan haram. Saya lihat macam sengaja ditunjuk-tunjukkan pula akan aksi bersalaman antara kaum perempuan dengan lelaki yang jelas bukan muhrim.Seolah-olah satu kebanggaan pula kepada mereka dengan perbuatan itu. Hal ini memang telah menjadi lumrah kepada kehidupan mereka. Malah yang buat haru sana sini pun tidak pernah pula membuat teguran. Yang buat haru sana sini, macam sama-sama tumpang seronok dengan aksi berkenaan. Mungkin inilah budaya Melayuwiyah yang ingin dipertahankan. Tak tahulah sama ada itu bermaksud kaum melayu yang jahiliyah.
Menang atau kalah memang menjadi lumrah dalam pertandingan. Namun pada saya, PAS sentiasa menang tetapi UMNO-BN yang kalah. Pada saya, walau apa pun keputusan, PAS telah berjaya melaksanakan syiarnya bagi menegakkan hukum Allah di bumi Allah ini. Calon-calon PAS, merupakan perwira yang dipilih Allah (semoga Allah meredhai dan melindungi mereka) dalam medan pertempuran.
Kepada para pengundi, ketahui dan ingatlah, Allah memerhatikan akan perbuatan kamu sekelian. Hasil daripada tindakan kamu adalah menjadi tanggung jawab kamu. Semuanya akan dihitung pada Hari Perhitungan nanti!

No comments:
Post a Comment