Friday, February 18, 2011

Perubahan peranan parti Islam dalam negara demokrasi

Oleh Abu Firdaus

Perjuangan rakyat di Mesir belum selesai walaupun peletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden merupakan langkah besar.

Buat masa ini tumpuan ialah pada tuntutan berlaku di Algeria. Tidak kurang penting ialah Yaman dan Jordan. Sementara perkembangan di Sudan di mana negara itu mengiktiraf kemerderkaan Sudan Selatan wajar dilihat dalam konteks kemajuan demokrasi juga.

Peranan gerakan Islam dalam politik kini sudah berubah dan berbeza. Gagasan Negara Islam kini perlu dilihat bukan dalam bentuk eksklusif tetapi bersifat inklusif dalam kerangka demokrasi.

Kebangkitan rakyat Mesir bersama peranan besar Ikhwanul Muslimin hanya mencerminkan perkembangan pemikiran baru dalam fahaman politik Negara Islam ini.

Kalau dahulu, 20 tahun lalu, perjuangan Negara Islam dilihat dalam bentuk penubuhan Republik Islam Iran diikuti pula dengan Sudan menjadi republik Islam serta kemenangan Mujahidin yang mendirikan Negara Islam Afghanistan, kini gagasan itu telah digantikan dengan kedudukan parti Islam dalam kerangka demokrasi.

Contoh utama kejayaan peranan parti Islam dalam negara demokrasi kini dilihat di Turki melalui Parti Keadilan dan Pembangunan (AK).

Namun konsep peranan parti Islam dalam demokrasi sebenarnya dipelopori oleh Hizbullah di Lubnan yang kini menguasai negara itu setelah begitu lama berada dalam parlimen dan kerajaan Beirut.

Malah di Palestin, ternyata Hamas bersifat lebih demokratik daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dengan kesediaannya menyertai pilihan raya, dan menang pula.

Sementara Sudan pula sudah mengalami pergolakan politik yang hebat dan pelbagai sejak 20 tahun lalu dan kini muncul sebagai negara demokratik dipimpin parti Islam yang bersedia melepaskan Sudan Selatan demi menurut kehendak rakyat di situ.

Sementara di Afghanistan pula, Mujahidin yang diwarisi oleh Perikatan Utara pimpinan Jamaati Islami bekerjasama dengan pihak Amerika Syarikat untuk berusaha menjadikan negara itu demokratik dan berfungsi.

Malah gagasan demokrasi dalam negara Islam paling jelas berlaku di Iran. Pertembungan antara dua pihak, iaitu apa yang disebut sebagai golongan konservatif dan prodemokrasi adalah proses yang akan menjadilan republik Islam itu sebagai negara demokratik.

Justeru apabila berlaku kebangkitan rakyat menuntut demokrasi seperti di Indonesia, peranan parti Islam akan ketara dan menjadi penyumbang kepada kestabilan negara.

Adalah suatu yang bertmakna di Indonesia apabila gerakan Reformasi di sana digerakkan oleh tokoh Muhamadiyah, Amien Rais melalui Parti Amanat Nasional (PAN) dan presiden pertama yang dipilih rakyat pula adalah tokoh Nahdhatul Ulama, Abdurrachman Wahid melalui Parti Kebangkitan Bangsa (PKB).

Kini parti parti Islam yang dipanggil jalur tengah turut dikukuhkan dengan kekuatan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang mengambil inspirasi daripada parti AK Turki.

Maka dalam keadaan begini, dapat difahami bagaimana Ikhwanul Muslimin bergerak di Mesir, Yaman dan Jordan. Begitu juga dengan Annahdhah di Tunisia dan pewaris Parti Penyelamat Islam (FIS) di Algeria.

Di Malaysia, PAS turut serta dalam amalan demokrasi dan sejak tahun 1990 ia telah meletakkan perjuangan Negara Islam dalam konteks kerangka demokrasi.

PAS bersedia berperanan dalam negara demokrasi di bawah pimpinan Tengku Razaleigh pada tahun 1990 dan Anwar Ibrahim pada tahun 1999.

Apabila menerima demokrasi, ia memberi erti bahawa negara merupakan ekspresi politik rakyat dan bukannya milik sesebuah golongan atau parti.

Dalam tradisi Islam, seringkali disebut mengenai kehidupan berjemaah dan kesejahteraan ummah. Itulah Negara Islam dalam konteks gagasan demokrasi.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.