Monday, November 1, 2010

Bayar RM250 salah.. ni bayar RM20 tak salah ke?

Oleh: AnakSgDerhaka

Dalam beberapa siri Pilihanraya yang telah aku lalui di Permatang Pauh ini baik Pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil yang telah meletakkan jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Permatang Pauh berada dihadapan dari segi pengalaman, perkara yang dikatakan menjadi kesalahan oleh SPR itu iaitu membayar saguhati kepada pengundi dari luar untuk pulang mengundi sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh kedua-dua belah pihak.

Baik dipihak UMNO/BN mahupun dipihak Pakatan Rakyat, contohnya ialah semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Pihak yang bertanding ialah PKR mewakili Pakatan Rakyat dan UMNO pula mewakili Barisan Nasional.

Sebagai menghargai kesudian para pengundi luar yang sudi untuk pulang menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, segala kos untuk mereka pulang mengundi dibiayai oleh parti yang bertanding ketika itu.PKR yang kita tahu sebagai sebuah parti yang sengkek (kekurangan dana depa kata) hanya mampu membayar tambang pergi dan balik para pengundi luar berdasarkan harga tiket bas bukan kapalterbang yang dibawa oleh para pengundi luar sebagai bukti untuk tuntutan dan ianya terhad sehingga jumlah tertentu sahaja.


Begitu juga dengan pihak UMNO, mereka juga membayar kos tambang para pengundi luar itu dan dengan sedikit lagi tambahan yang nilainya aku sudah lupa..

Ada pengundi yang bijak, mereka mengemukakan tuntutan kepada kedua-dua pihak yang bertanding.. rezeki depa la tu..

Ketika itu tidak kedengaran pula SPR mengatakan tindakan membiayai kos perjalanan pengundi luar itu satu kesalahan..

Tetapi kini ianya telahdikatakan menjadi kesalahan bilamana PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar untuk pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

“Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi,” kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

Tetapi bagaimana pula dengan tindakan pihak UMNO melalui Wanita mereka pada malam semalam di Batu Sapi yang telah secara terang membayar RM20 kepada setiap individu yang mendaftarkan nama mereka kepada pihak pengurusan majlis?

Sila lihat video di SINI

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.