Thursday, September 16, 2010

Suspek beli Datuk RM180 ribu, penjual tidak dapat dikesan?

Oleh: PolisPencen

"Saya telah menulis dan meminta agar pihak polis menyiasat secara terperinci berkaitan pemberian pangkat "Datuk" kepada suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 orang pengiringnya.

Tulisan saya lebih menjurus agar wujud pendedahan siapa sebenarnya dalang dalam penjualan pangkat, disamping motif sebenar mencari dalang yang bersubahat dengan suspek bagi kerja-kerja jenayah ber'profile' tinggi ini.

Hari ini akhbar Star telah menyiarkan berita pembelian pangkat ini.
Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.
Perlu pembaca membuka minda bagaimana maklumat nilaian RM180 ribu ini diperolehi sedangkan dalam masa sama pihak polis masih belum mendapatkan maklumat mengenai orang tengah yang terlibat dengan pembelian pangkat ini.

Akhbar yang sama menyatakan kegagalan polis;

Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber.
Saya cukup hairan bagaimana polis begitu mudah mencari abu mayat di sungai daripada manusia hidup yang menjadi dalang kepada ketidakadilan yang berlaku dalam urusan kerajaan dan pentadbiran di negara ini.

Rasuah, pangkat serta kronisme telah menjadi satu amalan tidak sihat di negara ini, malah polis juga dikatakan bersubahat dalam menutupi kes-kes yang melibatkan kepimpinan tinggi dalam kerajaan dan orang-orang kenamaan. Sekiranya imej ini tidak dibersihkan dalam penyiasatan pembunuhan Datuk Sosilawati, rakyat tidak akan mempercayai lagi polis.

Malang bagi polis yang jujur serta amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

http://polispencen.blogspot.com/"

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.