Saturday, September 18, 2010

Kayu kriket, pisau diguna dalam pembunuhan ditemui

KUALA LUMPUR: Kayu kriket dan pisau yang disyaki digunakan dalam kes pembunuhan kejam, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain ditemui di Ladang Gadong dan Sungai Panchau.

Polis percaya kayu itu digunakan untuk memukul mangsa sehingga parah sebaik mereka tiba ke ladang milik suspek utama pada 30 Ogos lalu sebelum mereka diikat, ditikam, dibunuh, dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran. (gambar - hiasan)

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata pihaknya menemui kayu kriket berkenaan ketika operasi mencari bahan bukti di kawasan pembunuhan serta sungai berhampiran, baru-baru ini.

Katanya, polis juga menemui barangan lain seperti pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam keempat-empat mangsa sebelum mereka dibakar.

“Semua bahan bukti yang perlu dan ada kaitan dengan pembunuhan kejam berkenaan sudah pun ditemui,” katanya. - HM

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.