Monday, August 9, 2010

Kenapa Zambry takut sangat bila Nizar berbahas?

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Projek Dana PAS Pangkor... Jom infaq !

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan 'rampasan' Umno/BN Perak mengemukakan rang undang-undang perbekalan tambahan secara tergesa-gesa hanyalah untuk menutup 'tembelang' sebenar mereka meluluskan belanjawan RM80 juta. Demikian telahan Ketua Pembangkang Dun Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin kepada Harakah ketika diminta mengulas isu kekalutan yang berlaku sekali lagi dalam sidang Dun Perak 3 Ogos lalu.

Ujar Nizar, Umno/BN bertindak memanggil persidangan dengan notis tiga hari, kemudiannya tidak menetapkan apa agenda yang bakal dibincangkan dalam sidang Dun 3 Ogos itu.

TIADA RUANG

Paling mengecewakan, hanya pada hari sidang Adun-adun Pakatan Rakyat Perak diberi Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan untuk membahaskan dan meluluskan bajet RM80 juta, katanya.

"Kita membantah tindakan mereka yang mahu meluluskan rang undang-undang tersebut hanya dalam masa sehari, dan saya selaku Ketua Pembangkang diberi masa hanya 15 minit untuk berbahas oleh Spekara Umno/BN Dato' R Ganesan," katanya dalam wawancara Eksklusif bersama Harakah 5 Ogos.

Walhal mengikut amalan, Parlimen memperuntukan 40 hari masa untuk berdebat meluluskan bajet, tetapi sidang Dun Perak cuma satu hari sahaja, katanya.

“Sepanjang masa persidangan, microphone Adun Pakatan ditutup, media diletak dalam bilik berasingan dan dikurung di atas bangunan seperti akuarium, seluruh dewan dikerumuni oleh anggota polis, kini dewan negeri sudah tidak dapat berfungsi dan demokrasi juga terkubur dalam Negeri Perak berikutan rampasan kuasa,” katanya lagi.

Mengikut konvensyen Parlimen dan amalan biasa, Ketua Pembangkang sentiasa diberi penghormatan dan masa yang secukupnya untuk berhujah.

KIT SIANG BAHAS 10 JAM

Sebagai contoh, katanya Lim Kit Siang pernah berbahas selama lebih 10 jam di Dewan Rakyat ketika beliau menjawat jawatan Ketua Pembangkang Parlimen tetapi di Perak, ia hanya 15 minit sahaja.

Demi membela hak bersuara dan memastikan dewan perundangan berfungsi secara sihat, beliau menggesa supaya semua kerajaan negeri mencontohi Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat biasanya menetapkan had minimum waktu bersidang, supaya institusi perundangan dapat memainkan peranan memeriksa kuasa eksekutif yang diketuai oleh kerajaan, katanya

Bagi Nizar, tindakan kerajaan negeri yang hanya memperuntukkan hanya setengah hari untuk meluluskan rang undang-undang perbekalan tambahan yang melibatkan RM80 juta wang rakyat pastinya ada muslihat disebaliknya.

"Apa yang Zambry (Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir) takut untuk bentang dan bahaskan selama empat hari, kenapa? adakah mereka (Umno/BN) takut atau tidak tahu untuk menjawab jika pelbagai soalan diutarakan?," katanya.

GANTUNG TANPA RUJUK JAWATANKUASA HAK

Selain itu katanya, tindakan Speaker BN, Datuk Ganesan menggantungnya tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan juga adalah bertentangan dengan amalan biasa.

Beliau hairan bagaimana Zambry dan Umno/BN Perak enggan membuka amalan demokrasi untuk disuburkan di Perak, walhal mereka kini mentadbir negeri dan mempunyai ruang untuk menunjukan ketelusan.

Sebaliknya menurut Nizar yang juga Adun Pasir Panjang, keadaan itu sangat berbeza dengan amalan Pakatan Pakyat sewaktu memerintah negeri, malah juga turut berbeza sewaktu zaman Tan Sri Tajol Rosli menjadi Menteri Besar.

“Semasa Datuk Ngeh (Adun Sitiawan) menjadi ketua pembangkang, dia diberikan waktu tiga jam tanpa diganggu oleh menteri besar masa itu, Tajol Rosli,” ujar Nizar lagi.

Sebelum ini Pakatan Rakyat Perak telah mengambil keputusan untuk menyertai sidang, tetapi apabila melihat tindakan Ganesan menyalahgunakan kuasanya untuk gantung Adun tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, ia satu salah guna kuasa yang jelas, katanya lagi.

Menurut Nizar, selain tidak diberi peluang dan masa yang cukup untuk berbahas, Pakatan Rakyat juga didiskrimiasi dengan mikrofon ditutup apabila mahu mengemukakan peraturan mesyuarat.

Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun bagi membantah beberapa tindakan Ganesan, namun bantahan mereka tidak didengar kerana ada pihak menutup mikrofon mereka.

DIUSIR KELUAR

Pada 3 Ogos lalu, Kerajaan BN Perak mengadakan sidang Dewan Negeri cuma satu hari untuk meluluskan enakmen perbekalan tambahan yang menyaksikan Perak mengalami belanjawan defisit yang tinggi RM104 juta.

Persidangan tersebut juga menyaksikan Nizar Jamaluddin diusir keluar dari dewan kerana tegas mempertahankan hak untuk bersuara untuk rakyat.

Akibat pengusiran tersebut, semua 27 orang ahli dewan dari Pakatan Rakyat mengambil ketetapan seninggalkan dewan sebagai tanda protes.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.