Friday, August 20, 2010

Demokrasi aktif di Selangor dan Pulau Pinang

Oleh Abu Firdaus

Dana Kompleks PAS Pangkor... Jom infaq !

Apabila disebut demokrasi, tentunya ia bukan semata-mata merujuk kepada pilihan raya. Ini kerana prioses demokrasi berjalan sepanjang masa, malah tempoh antara pilihan raya itu adalah amat penting, lebih penting dariopada ketika pengundian bagi memilihj kerajaan dilakukan.

Demokrasi adalah pemerintahan rakyat yang bermakna bukan saja sesebuah kerajaan itu dipilkih oleh rakyat tetapi pengawasan perlu dilakukan supaya ia tidak menekan rakyat itu sendiri. Pengaqwasan itu hanya dapat dilakukan dengan adanya pembangkang, media bebas dan aktiviti badan bukan kerajaan yang aktif.

Kehadiran pembangkang dan media bebas amat penting keranma jika tidak, parti berkuasa akan bermaharajalela hingga berlau kekajaman dan kezaliman. Inilah yang pernah berklaku dalam sistem diktatoran komunis. Apabila mereka menghapuskan pembangkang dan media bebas, mereka menjadi zalim, dan akhirnya terputus daripada rakyat.

Sedangkan rakannya yang seideologi iaitu sosialis demokrat atau demokratik sosialis yang menyertai sisetym pemerintahan melalui pilihan raya demokrasi terus berkembang kerana kuasa mereka sentiasa diimbangi, diawasi dan dikawal oleh adanya pembangkang. Mereka akur dengan kekalahan pilihan raya dan ia merupakan peringatan untuk sentiasa bagus melayani rakyat. Inilah yang berlaku pada Parti Buruh di Britain di mana kelalaiannya mengakikatrkan kekelahan dalam pilihan raya negara itu baru-baru ini..

Tetapi pada masa akan datang, Parti Buruh ini besar kemungkinan akan bangkit balik dan begitulah sistem demokrasi dapat berjalan. Teras kepasda sistem demokrasi adalah kesedaran bahawa manusia tidak sempurna. Manusia bukan malaikat. Baik bagaimana puyn seseorang manusia, atau murni manapun sesebuah parti politik, ia ettap terdiri daripada manusai yang boleh berubah dan mengkhianatri prinsip perjuangan.

Begitu juga dengan PAS. Walaupun ia parti Islam tetapi tentulah pemimpin dan anggotanya adalah manusia manusia yang boleh berubah atau lalai dengan tanggungjawab sebagai pejuang Islam. Justeru jika PAS memerintah secara autokratik di negara ini, mungkin akan berlaku salah guna kuasa. Justeru, sistem demokrasi membuatkannya sentiaas berjaga-jaga dan menjadi pejuang dan ahli politik yang baik.

Apa yang menjadi masalah dengan Malaysia ialah sistem demokrasi cacat kerana tidak ada kebebasan media. Dua akta ini, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Penerbitan dan Percetakan mencacatkan demokrasi. Justeru semasa pilihan raya, yang sepatutnya tidak ada parti kerajaan dan parti pembangkang, mereka tidak mempunyai tahap yang saksama dalam penggunaan media.

Cuba bayangkan kalaulah media bebas, mungkinkah Umno melalui Perikatan dan Barisan Nasional boleh bertahan begini lama. Kemungkinannya tidak.

Itu satu perkara. Lebih penting lagi ialah semasa menjalankan pemerintahan dan pentadbiran. Tidaka ada media yang bebas mengkritik dan akibatnya Umno melalui Perikatan dan Barisan Nasional terus bermaharajalela yang kahirnya bersifat angkuh dan menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat dan negara.

Maka di peringkat negeri, Kelantan berpeluang menikmati pentadbiran negeri yang baik kerana ia diasak dan dikawal oleh media yang dikuasai oleh Umno. Ia menyebabkan kerajaan negeri Kelantan perlu sentiasa berwaspada dan perbaiki diri keraan emdia yang anti-PAS itu.

Inilah yang berlaku sejak tahun 1959 hinggalah 1974. Media yang dikawal Umno terus mengasak kerajaan negeri Kelantan. Tetapi media ini bukan bebas. Ia hanya memburukkkan kerajaan negeri pimpinan bukan Umno. Walaupun ia sentiasa menyebabkan kerajaan PAS berjaga0-jaga tetapi serangan ini adalah sebelah pihak. PAS tidak dapat mempertahankan diri. Akhirnya PAS tumbang juga yang antara lainj kerana media anti-PAS ini. Inilah yang berlaku dalam pilihan raya tahun 1978.

Jadi dari satu segi, media anti-PAS menyebabkan kerajaan negeri berjaga-jaga. Tetapi pada waktu yang sama ia boleh menjadi faktor menafikan hak rakyat daripada terus dipimpin oleh kerajaan PAS kerana sifat media yang tidak bebas dan memusuhi kerajaan negeri.

Media anti-PAS yang tidak bbas itu terus cuba menjatuhkan kerajaan bukan Perikatan dan bukan Barisan Nasional. Media ini juga menyumbang kepada jatuhnya kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika ia berada di luar Barisan Nasional. Mereka juga terus memburukkan kerajaan PAS Kelantan sejak dari tahun 1990.

Maka sejak itu sebenarnya Kelantan menjadi negeri yang paling demokratik dari segi ai perlu berjaga-jaga kerana keburukannya sentiasa diintip, dicari dan dibongkar. Justeru kerajaan PAS Terengganu tidak dapat bertahan dan akhirnya jatuh pada tahun 2004. Selain daripada faktor lain yang juga perlu diambil kira.

Kini selain dari Kerajaan PAS Kelantan, turut menjadi asakan media kawalan Umno ialah Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Peerak sudah jatuh ke tangan mereka, maka media mereka beralih usaha untuk mendokong kelangsungan kerajaan negeri Perak.

Oleh kerana kini Umno sedang berusaha untuk menarik PAS keluar daripada Pakatan rakyat, tumpuannya tidaklah sangat pada Kelantan dan Kedah. Tetapi ia lebih menghala kepada Selangor dan Pulau Pinang, Asakan demi asakan dikenakaan ke atas kedua-dua negeri. Oleh kerana media bebas tidak wujud, maka rakyat akan melihat satu hala saja. Walaupun media melalui Internet adalah bebas, tetapi Umno juga menggunakan blog yang lebih banyak untuk menentang Pakatan Rakyat.

Maka dalam keadaan ini, negeri Selangor dan Pulau Pinang merupakan paling demokratik kerana ia petr.lu sentiasa berjaga-jaga dalam pentadbiran dan pemerintahan negerinya. Sebarang keselahan yang sekecil mana akan dieksploitasi sebesar-besar mungkin dengan pihak kerajaan tidak diberi peluang menjawab secara adil.

Sebagai manusia tentu mereka melakukan kesalahan. Begitu juga dengan pihak Barisan Nasional. Tetapi sekurang-kurangnya mereka sentiasa dikawal oleh media yang menentang mereka. Sebab itulah dalam dua tahun ini terlihat pelbagai kesalahan dan masalah di kalangan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Mereka didedahkan dengan begitu cepat dan cekap. Terhadap negeri-negeri Barisan Nasional, siapa pula yange mempunyai kekuatan untuk pendedahan seperti mana media arus perdana kawalan parti pemerintah.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.