Thursday, July 29, 2010

Ramadhan: Duit Saku untuk Umno!

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Bulan Ramadhan sudah dekat. Dengan keadaan ekonomi semakin mencerut pelbagai usaha dicuba oleh rakyat khususnya yang berpendapatan rendah untuk mecari duit lebih. Apatah lagi sebagai persiapan untuk anak-anak dan keluarga bagi menghadapi kedatangan syawal. Biasanya bulan ramadhan, bukan sahaja bulan beribadah tetapi bulan dibukakan pintu rezki. Ramailah mengambil kesempatan berniaga di bazar Ramadhan. Orang melayu khususnya yang memiliki modal kecil, bazaar ramadhan sebagai tempat sesuai untuk berniaga mencari pendapatan tambahan.

15,000 mohon lesen Bazar Ramadan

KUALA LUMPUR 19 Julai - Lebih 15,000 peniaga kecil di sekitar Lembah Klang hari ini membanjiri Stadium Titiwangsa untuk memohon lesen sementara Bazar Ramadan di kawasan Lorong Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India. DBKL bagaimanapun hanya memperuntukkan 400 tapak di lokasi yang menjadi tumpuan warga kota setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Proses pengundian untuk memiliki tapak bazar Ramadan dibuat secara terbuka dan telus serta melibatkan beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Permohonan bagi mendapatkan tapak Bazar Ramadan di lokasi berkenaan sering kali mendapat permintaan yang tinggi daripada peniaga kecil setiap tahun.
Bagi Zainudin Zakariah, 43, pula, ini kali pertama dia berjaya mendapat tapak berniaga di Lorong Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India setelah mencuba selama 10 tahun. Undian secara terbuka ini bagus kerana ia lebih telus dan semua peniaga yang layak mempunyai peluang. Walaupun terpaksa bersesak-sesak dan menunggu lama, ia sangat berbaloi," katanya.

Kasihan melihat rakyat marhaen. 15,000 memenuhi stadium hanya kerana petak-petak Ramadhan. Berapa mereka bayar untuk dapatkan sekeping borang? Merekalah bangsa melayu yang sentiasa dituduh malas dan sebagainya. Tetapi hakikatnya peluang dan kesempatan yang tidak terbuka oleh pemerintah Umno-BN. Ini kerana banyak tempat-tempat perniagaan strategic diperolehi oleh kroni-kroni Umno diperingkat grass-root. Mereka bukannya nak berniaga tetapi menjualkannya demi mendapat keuntungan diatas angin. Meskipun yang mengaut keuntungan sebenar kekadang bangsa asing. Lihatlah sekarang dimana-mana perniagaan dikuasai oleh rakyat Indonesia, Bangladesh dan kini masyarakat timur tengah pula.

Peluang untuk rakyat bawahan semakin mengecil. Sama juga dengan perniagaan dan projek2 kerajaan maupun projek mega. Orang melayu hanya sekadar menjadi barua atau ali baba. Yang mengaut keuntungan adalah bangsa lain. Siapa barua-barua itu kalau tidak OKU (Orang Kuat UMNO)?

Contoh berita beberapa tahun lalu…

Seleweng lot bazar: Anak pegawai tinggi direman

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Seorang anak pegawai tinggi kerajaan bergelar Tan Sri dan seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan penjualan lot bazar Ramadan di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sini. Kedua-dua lelaki berusia 32 dan 25 tahun itu telah ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) di pusat membeli-belah Jalan TAR pada pukul 4 petang semalam.

Mereka direman di Mahkamah Majistret Jalan Raja di sini hari ini. Menurut sumber, ketika ditahan kedua-dua suspek dipercayai sedang berurusan dengan seorang lelaki berhubung penjualan lot bazar berkenaan hasil maklumat peniaga. Ramai peniaga itu tidak berpuas hati apabila mengetahui semua lot bazar itu dibeli dan dijual semula dengan harga berganda oleh lelaki terbabit BPR turut merampas wang RM11,000 daripada suspek hasil penjualan lot tersebut.

Difahamkan anak Tan Sri itu merupakan satu-satunya individu yang berjaya membeli kesemua 18 lot bazar Ramadan di Jalan TAR daripada DBKL walau pun tender pembelian lot-lot berkenaan ditawarkan secara terbuka sebelum ini. ``Suspek dipercayai mendapat keistimewaan itu kerana menggunakan pengaruh bapanya yang berjawatan tinggi dalam kerajaan,'' jelasnya. Beliau memberitahu, suspek kedua yang merupakan seorang pegawai DBKL dipercayai turut terbabit membantu meluluskan penjualan lot bazar Ramadan terbabit. `Anak Tan Sri terbabit dipercayai hanya membayar RM60 untuk membeli satu lot bazar tersebut tetapi menjual semula kesemua lot berkenaan kepada peniaga lain dengan harga RM11,000. ``Hasil keuntungan tersebut kemudian dibahagikan kepada pegawai DBKL yang bertindak meluluskan penjualan lot kepadanya,'' ujar beliau.


Fuyooo!!! Modal RM 60 untung RM 11,000. Boleh pergi Mekah pergi balik. Kaedah yang sama yang diajar oleh pemimpin2 UMNO peringkat yang lebih tinggi dan projek yang lebih besar. Cuma anak-anak bilis ni biasa kena tetapi Jerung biasanya terlepas begitu saje. Sebab itulah pemimpin Umno kaya-raya tetapi rakyat papa kedana.

Bagaimana pula di Terengganu sempena kedatangan Ramadhan tahun 2010 ini? Apa yang dibuat oleh Majlis bandaran Kuala Terengganu(MBKT) biasanya sama dengan daerah-daerah lain. Tak cukup lagi ke wang ehsan dan pelbagai ketirisan wang royalty minyak itu sehinggakan petak bazaar pun adalah peluang berniaga dengan rakyat. Itu belum kira borang permohonan yang dijual. Dapat ke tidak belum tahu lagi.

MBKT sedia 2,815 petak bazar Ramadan

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 2,815 petak disediakan di 21 lokasi bazar Ramadan seluruh daerah Kuala Terengganu kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan sepanjang bulan puasa. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata, bermula Ramadan tahun ini semua lokasi dan perniagaan akan diserah sepenuhnya kepada persatuan peniaga di setiap kawasan serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

MBKT hanya menyediakan tempat sahaja dengan kadar bayaran sewa RM70 bagi lokasi di kawasan bandar dan RM50 untuk luar bandar sepanjang tempoh satu bulan,” katanya.

Menurutnya, petak pasar Ramadan yang paling banyak disediakan adalah di tiga lokasi utama iaitu di Pasar Kedai Payang 300 petak, Pasar Chabang Tiga 299 petak dan Dataran Shahbandar 216 petak. “Manakala bagi tapak pasar malam sepanjang bulan puasa ini turut disediakan di Dataran Shahbandar dengan kapasiti 700 petak untuk peniaga kesemuanya dan semua surat tawaran telah dikeluarkan.
ai!... Seronok le raye taon ni....

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.