Aku sangat setuju kalau isu berkatan Jawatankuasa Disiplin PAS dibincang dalam muktamar hujung minggu ni. Memang pun isu ni patut dibncangkan untuk naik taraf Jawatankuasa Disiplin tu.
Aku memang setuju sangat macam cadangan supaya pengerusi jawatankuasa tu dipilih dari kalangan yang bukan AJK Pas Pusat. Pasainya macam yang jadi sebelum ni, ujud persepsi negatif bila yang dihadapkan ke jawatankuasa tu dari kalangan AJK Pusat sendiri.
Keadaan akan lagi jadi lebih rumit kalau yang kena dihadapkan ke jawatankuasa tu dari kalangan pimpinan utama dan kanan parti macam Naib Presiden, Timbalan Presiden atau Presiden sendiri. Jadinya pengerusi jawatankuasa tu seeloknya dipilih dari kalangan pimpinan veteran Pas.
Kalau aku diberi peluang aku nak mencadangkan Ust Ahmad Awang duduk kerusi panas tu. Sebagai bekas Naib Presiden dan AJK Pas Pusat, bekas Ahli Majlis Syura' dan bekas Presiden PUM pada aku Ust Ahmad Awang sangat layak dan sesuai untuk duduk di kerusi tu.
Sorang lagi yang boleh dipertimbangkan mungkin Ust Hassan Shukri. Sebagai bekas Naib Timbalan Presiden dan bekas Setiausaha Agung paling lama, Ust Hasan Shukri boleh diibaratkan macam 'perpustakaan hidup' bagi PAS. Semua sejarah jatuh bangun PAS ada pada Ust Hassan Shukri.
Selain dari isu pengerusi jawatan kuasa tu, prosedur kerja untuk Jawatankuasa tu pun patut dibincangkan semua. Contohnya tempoh masa untuk satu-satu peringkat pada aku patut disingkatkan sikit, macamtempoh untuk rayuan patut disingkatkan dari 60 hari mungkin jadi 14 hari. Pasainya sekarang ni semuanya mudah, tak sama macam zaman dulu,nak hantar surat pun mungkin makan masa seminggu.
Jadinya untuk lebih memperkasakan Jawatan Kuasa Disiplin tu danyang lebih pentng lagi untuk mengurangkan persepsi negatif kepada Pas sendiri, memang patut sangat su berkaitan Jawatan Kuasa Disiplin tu dibincangkan dengan panjang lebar masa muktamar nanti.

No comments:
Post a Comment