Tuesday, June 8, 2010

Badan Konsesus Bebas Sayap Kiri BN Di Parlimen

Oleh Mohd Sayuti Omar

lima orang ahli Parlimen yang meninggalkan parti dan mengecewakan pengundi kawasannya telah membentuk apa yang dinamakan Konsensus Bebas di Dewan Rakyat. Badan itu akan berrtindak menjadi kuasa ketiga dalam parlimen.

Mereka itu ialah, Zahrain Hashim, (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Samsuri (Bagan Serai) Zulkefli Nordin (Kulim Bandar - Baru) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju). Kesemua mereka bertanding atas tikit PKR. Seorang lagi ahli Parlimen yang bertindak menjadi bebas dan mengkhinati penyokong Pas, tidak disebut menyertai badan berkenaan.

Selamanya tindakan mereka meninggalkan parti akan dikutuk oleh pengundi kerana mereka mengundi wakil rakyat dulu atas status mereka sebagai calon PKR. Belum tentu mereka akan dapat memasuki parlimen kalau mereka bertanding atas badan Konsensus Bebas?

Pembentukan badan ini ada hubung kaitnya dengan satu perjumpaan beberapa orang ahli parlimen di sebuah hotel di Kuala Lumpur beberapa minggu lepas. Antara yang berjumpa ialah beberapa ahli Parlimen yang mengumumkan menyertai badan berkenaan.

Dalam perjumpaan itu seorang ahli parlimen bebas yang tidak menyertai badan itu turut sama hadir. Apakah dengan tidak mengumumkan dia ikut menyertainya dan beliau bertindak menjadi ketua badan konsensus berkenaan.

Tidak mengapalah tidak dapat jadi ketua whip di Parlimen baik untuk BN atau PKR untuk bebas pun jadilah. Yang penting ialah menjadi ketua. Dasar manusia tidak dapat duduk di bawah orang ia akan berusaha juga melompat ke atas walaupun dengan kaki terjuntai ke langit.

Saya tidak nampak badan berkenaan berfungsi menjadi badan bebas untuk kepentingan rakyat. Mana ada bebas di negara ini. Seperti mana saya kata, bebas di Malaysia adalah penyokong atau sayap kiri kepada kerajaan dalam Parlimen. Hal ini daspat disaksikan kepada tindak tanduk mereka semasa di parlimen. Mereka hanya mengambil bahagian semasa hendak menghendak Pakatan Rakyat, khususnya menghentam dan memburukkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Isu-isu yang berkaitan dengan pihak kerajaan atau individu dalam kerajaan haram mereka tidak sentuh. Jadi tidak payahlah mereka mengabui mata rakyat dengan alasan untuk menjadi badan ketiga. Lebih mereka jelaskan saja bahawa mereka adalah sayap ketiga penyokong BN dalam parlimen, lagi jantan.

Apa lagi kebanyakan mereka meninggalkan parti asal mereka kerana dibayar dengan sejumlah wang. Mereka meninggalkan parti bukan kerana menegakkan perjuangan tetapi kerana memenuhi keperluan mereka. Dalam kata lain lompat kerana membawa perut borai mereka atau ingin menutupi kepala botak.

Hal ini boleh dirujuk kepada pendedahan dibuat Anwar Ibrahim baru-baru ini. Difahamkan Anwar akan membuat pendedahan di parlimen tidak lama lagi mengenai upah yang mereka terima untuk meninggalkan PKR. Kita tengok bagaimana mereka akan jadi macam cancing kepanasan bila tembelang mereka didedahkan kelak.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.