Monday, June 7, 2010

Thailand terus bergolak?

Oleh Dr Jeniri Amir

“I Love Ratchaprasong”, “I Love Bangkok”, “I Love Thailand”. Kata-kata ini bukan sNONEahaja terdapat di kain rentang di tengah-tengah kota Bangkok, tetapi dicetak pada kemeja-T yang banyak dijual di kota ini.

Semua pihak cuba bersatu dan mengembalikan keadaan aman dan tentera dengan perasaan kasih sayang di negara Gajah Putih ini sesudah menyaksikan kemarahan dan api membara sebelum ini.

Ratchaprasong merupakan kawasan pertempuran antara tentera kerajaan Thailand dengan golongan baju merah pada 10 April dan 19 Mei lalu. Melalui kaca televisyen yang dipancarkan ke seluruh dunia, kita menyaksikan imej pertempuran antara penyokong baju merah dan pihak tentera, serta kebakaran.

Ratchaprasong merupakan kawasan hotel dan kompleks beli-belah mewah dan moden di kota ini, termasuk Central World. Central World di kawasan Ratchaprasong musnah teruk dibakar oleh perusuh baju merah 19 Mei lalu.

TunNONEjuk perasaan selama dua bulan itu menyaksikan 87 orang terkorban sementara sekitar 1,900 orang cedera. Jumlah berkenaan jauh mengatasi mereka yang terkorban dalam kudeta atau rampasan kuasa pada 1992 apabila 44 maut, 68 cedera, dan 30 orang lagi hilang.

Ketika menaiki teksi dan tut-tut di kota 15 juta jiwa ini, saya sering mendengar komen negatif tentang Perdana Menteri Abhisit Vijjajiva. Banyak peniaga tepi jalan, pemandu teksi dan golongan miskin kota dan desa kelihatan memuji mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, yang memerintah negara 64 juta jiwa itu dari 2001 hingga 2006.

Thaksin yang kini berada di Dubai popular di kalangan golongan bawahan di Thailand kerana dasarnya yang memihak kepada mereka, termasuk skim pinjaman, skim kesihatan, dan subsidi.

Undi tak percaya

Selepas rusuhan, Abhisit terpaksa berdepan dengan undi tidak percaya di Parlimen Thailand, tetapi beliau bernasib baik kerana terselamat daripada percubaan berkenaan bersama-sama lima lagi menteri kabinet beliau, termasuk Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban.

Abhisit Vejjajiva Thai PMAbhisit terpaksa menangkis serangan pembangkang, termasuk menafikan pembabitan tentera dalam kes kematian enam orang di wat Pathum Wanaram baru-baru ini.

Kegagalan pembangkang memenuhi agenda menjatuhkan Abhisit sedikit banyak mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri itu untuk sementara waktu, apatah lagi, sesudah berlakunya adegan berkenaan di Parlimen, beliau perlu merombak Kabinetnya, dengan mengeluarkan beberapa menteri daripada Parti Puea Pandin yang cuba menjatuhkan beliau daripada kerusi yang dipegangnya sejak 15 Disember 2008.

Sesungguhnya, tunjuk perasaan dan rusuhan baru-baru ini dapat dianggap antara yang terburuk dalam sejarah moden Thailand. Dalam rusuhan itu sekitar 40 buah bangunan musnah dan terbakar. Jabatan Penyiasatan Khas (DSI) kini menyiasat 132 kes berkaitan keganasan politik, termasuk mereka yang melancarkan serangan bom dan membakar bangunan komersial.

red shirts protest in thailand bangkok 9Thailand kini berdepan dengan perpecahan. Perpecahan ketara sekali antara penyokong baju merah, iaitu rakyat biasa dengan penyokong baju kuning, iaitu kerajaan.

Pemandu teksi yang membawa saya dari hotel kediaman di Pratunam ke Siam Paragon di kota Bangkok, sepanjang perjalanan di tengah-tengah kesesakan yang teruk asyik mengutuk dan menyumpah Abhisit. Bagi beliau, seolah-olah tidak ada yang baik tentang Abhisit meskipun Perdana Mnteri itu dianggap bersih berbanding dengan Thaksin.

Penyokong Abhisit

Sebenarnya, warga kota yang kaya dan peniaga di kompleks beli-belah menyokong Abhisit.

Thailand airport touristsMereka tidak menyenangi rusuhan kerana pergolakan sosiopolitik merugikan mereka. Misalnya, 15,000 pekerja di Central World kini tertanya-tanya bila mereka dapat kembali bertugas. Ekonomi Thailand dijangka terjejas oleh pergolakan politik itu, tetapi pertumbuhan ekonomi pada suku pertama ialah 12 peratus.

Pertumbuhan ekonomi dijangka sekitar 5 peratus tahun ini. Sektor pelancongan yang menyumbang 6 peratus daripada ekonomi Thailand terjejas teruk. Kerajaan Thailand pada awal tahun ini menjangka mampu menarik 15.5 juta pelancong, kini menurunkan angka terbabit kepada 13 juta sahaja.

NONEKetika berjalan-jalan di kawasan Ratchaprasong, Jalan Silom dan Sukhumvit di kota Bangkok, banyak peniaga yang mengeluh kerana berbanding sebelum April lalu, jumlah pelancong merosot tajam sehingga pendapatan mereka merundum.

Memang benar, didapati tidak banyak pelancong dari Amerika, United Kingdom, Hong Kong, Saudi Arabia dan seumpamanya berada di Bangkok sekarang. Lebih daripada 40 negara memberi nasihat kepada rakyatnya agar tidak berkunjung ke Thailand meskipun sebahagian besar telah menarik balik larangan itu.

Perdana Menteri Thailand ke-27 yang dilahirkan pada 3 Ogos 1964 itu terpaksa berdepan dengan masa depan politik yang mencabar. Beliau perlu memulihkan keyakinan pelabur asing dan komuniti antarabangsa, apalagi terdapat usaha untuk mendakwa beliau kerana melanggar hak asasi manusia dan melakukan pembunuhan dalam peristiwa terbabit.

anti abhisit vejjajiva thailand protestors in bangkok 090409 02Pada 3 Mei lalu Abhisit menawarkan pelan perdamaian, tetapi ditolak baju merah. Beliau berjanji mengadakan pilihan raya pada 14 November depan jika penunjuk perasan bersedia bersurai, namun segala usaha itu tegagal sehingga akhirnya pihak kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali melancarkan serangan untuk mengeluarkan penyokong baju merah daripada menakluki kota Bangkok, yang menjadi nadi ekonomi Thailand.

Kini, Perdana Menteri dijangka akan melewatkan pilihan raya yang dijangka tidak memihak kepada beliau terutama di kalangan golongan bawahan, petani, nelayan dan penduduk miskin.

Dengan perpecahan tajam yang wujud di kalangan masyarakat Thailand sekarang, sesiapa pun yang menduduki kerusi perdana menteri, pasti berdepan keadaan sukar. Jika pemimpin politik yang didukung baju merah berkuasa, adakah penyokong baju kuning akan berdiam diri?

Kini, pun kita perlu berhati-hati dan dinasihati supaya tidak memakai pakaian berwarna merah, kuning atau merah jambu – yang mempunyai makna dan konotasi politik -- biarpun keadaan di Bangkok sudah pulih daripada pergolakan.Mkini


Penulis, pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak kini berada di Bangkok, Thailand sejak 31 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.