Oleh M Faqih
 hajat yang  diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai  membantah keganasan tentera Israel terhadap umat Islam di PalestinBiar pun cahaya matahari panas  memancar di atas kepala, orang ramai tidak menghiraukan dan tetap  berdiri menunaikan solat bagi memohon kepada Allah Taala melindungi umat  Islam yang sedang ditindas di Gaza.
Sebelum itu ribuan yang  hadir sejak jam 8.30 pagi mendengar kuliah khas mengenai Palestin yang  disampaikan Mohd Amar.
Kehadiran penduduk tempatan yang memenuhi  segenap ruang Dataran Stadium kerana simpati terhadap konvoi kemanusiaan  pelbagai negara yang diserang tentera Israel ketika membawa bekalan  makanan ke Gaza Isnin lalu.
Ekoran serangan itu sembilan rakyat  Turki yang menaiki kapal Mavi Marmara milik negara terbabit menjadi  korban.
Seramai 12 rakyat Malaysia turut bersama misi kemanusiaan  tersebut yang datang daripada 40 negara.
Berikutan tindakan tersebut  kerajaan Turki di bawah Tayyed Erdogan memutuskan hubungan diplomatik  dengan negara Yahudi itu.
Kerajaan Turki memberi beberapa syarat  untuk memulih semula hubungan diplomatik iaitu membayar sejumlah  pampasan kepada keluarga sukarelawan yang terbunuh, Israel perlu memohon  maaf kepada dunia.
Selain itu mereka yang terbabit dengan  jenayah hendaklah dihadapkan ke Mahkamah Antarabangsa.
Perkara itu  didedahkan Abdul Hadi ketika berucap di ribuan rakyat Kelantan.
Menteri  Besar berkata, kaum Yahudi tidak ada belas kasihan kepada kaum lain  kerana menganggap kononnya mereka sebagai anak Tuhan.
”Pegangan  yang salah itu menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja terhadap  orang lain.
”Namun hairannya kezaliman yang serupa juga pernah  berlaku di negara ini apabila Ustaz Ibrahim Libya bersama beberapa  pengikut ditembak mati di Memali.
”Begitu juga tindakan kerajaan  menangkap ulama dengan mengurungkan mereka dalam bilik gelap di Kem  Tahanan di Batu Gajah. Ini adalah sebahagian tindakan tidak  berperikemanusiaan yang turut berlaku di negara ini,” katanya diikuti  laungan takbir orang ramai.
Pada ucapan itu beliau juga  menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak yang mendakwa tidak ada parti  Islam pada zaman Rasulullah saw.
Pelbagai sepanduk mengutuk  serangan ganas Yahudi dijulang anak-anak muda yang membantah keganasan  Zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin. Tabung Cakna Palestin  juga dibuka bagi sumbangan orang ramai. Program itu berakhir kira-kira  jam 10.45 pagi

No comments:
Post a Comment