Petikan Malaysiakini
Ribuan  orang menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat  Jumaa
t semalam  bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan  kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu.
Kumpulan itu membanjiri  Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak  beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh  hampir 5 kilometer.
Dipimpin Ketua  Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila  tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan  Rakyat sebelum ini.
Memorandum bantahan mereka berjaya  disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30  petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini.
Selain  itu, satu lagi kumpulan NGO melibatkan jumlah yang lebih kecil turut  berarak daripada Masjid Tabung Haji dan berarah menyerahkan memorandum  bantahan kepada kedutaan tersebut.
Berikut kronologi perhimpunan  tersebut:
2.00pm Demonstrasi anti-Israel bermula  di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis,  walaupun amaran telah dikeluarkan semalam.
Diketuai  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan orang bergerak  berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.
2.30pm:  Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN  di Masjid Negara telah pun tamat. Ia hanya berlangsung 30 minit dan  diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN.
Mereka kelihatan  bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.
Ketua Pemuda BN  Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan  sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat  Palestin terbela.
Pada masa  yang sama, kumpulan Pakatan kini sudah berarak sampai Jalan Sultan  Ismail dan melintas Hotel Rennaisance.
Slogan anti-Israel seperti  "hancur Israel" dan "Khaibar ya Yahud" (perang Khaibar wahai  Yahudi) dilaungkan.
Sementara satu lagi demonstrasi oleh  sekumpulan aktivis NGO di Masjid Tabung Haji pimpinan Lifeline4Gaza sejak  jam 2 petang tadi juga berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan  Ampang.
2.55pm: Anwar dan pemimpin kanan Pakatan  tiba di bangunan Tabung Haji dengan trak pikap. Mereka kini berada  kira-kira 100 meter daripada kedutaan AS.
3.07pm: Kumpulan  daripada Masjid Tabung Haji bersurai setelah wakil mereka Zulkifli Nani  berjaya menyerahkan memorandum kepada kedutaan negara sekutu rapat  Israel itu lima minit sebelum jam 3 petang tadi.
3.10pm:  Polis membuat benteng manusia di kedutaan AS dalam jarak 100  meter. Hadirin cuba merempuh sebelum ditenangkan pemimpin Pakatan yang  hadir. Mereka diingatkan bahawa perhimpunan itu adalah aman.
Selepas  rundingan, 12 pemimpin Pakatan dibenarkan masuk bagi menyerahkan  memorandum kepada pihak kedutaan AS. 
Dalam cuaca  mendung di ibu negara, kelihatan beberapa helikopter polis berlegar di  angkasa.
Selain Anwar, pemimpin Pakatan lain yang turut serta  ialah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS  Nasharuddin Mat Isa.
3.40pm Anwar berucap kepada  ribuan rakyat Malaysia setelah berjaya menyerahkan memorandum kepada  wakil kedutaan itu.
Dalam masa yang sama, beberapa orang  kelihatan membakar bendera Israel dan gambar Perdana Menteri Israel  Benjamin Netanyahu.
Dalam  ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang  begitu hebat menentang kezaliman Israel.
"Saudara-saudara adalah  pahlawan rakyat," kata anwar.
Katanya, dalam pertemuan dengan  wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel  tanpa tolak ansur.
"Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan  Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara  rakyat," katanya.
Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji  akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.
3.50pm  Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan  sampah yang dihasilkan










No comments:
Post a Comment