Serang Konvoi Bantuan Kemanusiaan, KEADILAN Desak Kerajaan Batal Kontrak APCO
KEADILAN hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa (Freedom Flotilla) ke Gaza yang mengakibatkan 16 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera.
Ketua Penerangan Latheefa Koya berkata serangan kejam itu terhadap sebuah daripada enam kapal yang membawa bekalan perubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain keperluan asas menuju Gaza.
"Pembunuhan terhadap aktivis konvoi bantuan itu merupakan satu tindakan yang kejam dan salah sama sekali.
"Tiada justifikasi di bawah undang-undang antarabangsa yang membolehkan rejim zionis itu bertindak sedemikian," kesalnya.
Tambahnya, konvoi kapal tersebut turut membawa Ahli Parlimen dari Eropah, pemegang Nobel Peace Prize, wanita dan beratus-ratus aktivis keamanan.
"KEADILAN menyeru dunia mengutuk dan mengambil tindakan terhadap rejim zionis itu dan mendesak kerajaan membatalkan kontrak APCO dengan segera," tegas Latheefa lagi.

Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar 'intifada'Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.
"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.
"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.
Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.
“Kami menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.
Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.
No comments:
Post a Comment