Friday, June 4, 2010

Empat Kilang Dikesan Guna Sijil Halal Palsu

IPOH, - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak hari ini menyita dua kilang kek dan dua kilang kicap kerana didapati menggunakan sijil halal palsu dalam satu siri serbuan di sini.

Pengarahnya Mokhtar Sulaiman berkata keempat-empat premis berkenaan dikesan mengunakan sijil halal palsu hasil pemeriksaan yang dijalankan bersama-sama pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Beliau berkata dua daripada kilang berkenaan terletak kawasan perindustrian Silibin manakala dua lagi di kawasan perindustrian Menglembu.

"Kilang-kilang berkenaan telah di sita dan kami turut merampas kicap dan kek daripada kilang berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari

ini.Beliau berkata pengusaha kilang-kilang berkenaan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 di mana kesalahan pertama yang disabitkan akan membawa hukuman denda RM25,000 manakala kesalahan kedua sebanyak RM500,000.

Dalam perkembangan lain, Mokhtar berkata KPDNKK Perak berjaya mengurangkan penjualan DVD dan VCD cetak rompak di seluruh negeri pada tahun ini ekoran peningkatakan operasi yang dijalankan sejak tahun lepas.

Beliau berkata tahun lepas sebanyak RM1.43 juta nilai rampasan VCD dan DVD cetak rompak direkodkan dengan sebanyak 37,900 kes dikompaun dan 30,950 kes lagi dikenakan denda.

Bagi tempoh lima bulan lepas, sebanyak 50 kes dikesan membabitkan premis yang menjual VCD dan DVD cetak rompak dan kebanyakan kes dikesan di Ipoh, Taiping dan Manjung. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.