Thursday, May 27, 2010

Soft Launchs ebeL@e-beli.com gemilang

OLEH: Mohd Sabri Said (HarakahDaily)

GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman yakin kemunculan portal berita dan perniagaan ebeL@e-Beli.com boleh menjadi pusat penerimaan maklumat berguna untuk rakyat.

Ketika berucap merasmikan Portal ebeL@e-Beli.com di Audiotorium A, Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti menambah, melalui laman sesawang berkenaan bukan sahaja memaparkan berita politik bahkan berguna untuk para peniaga khususnya bumiputra mengiklankan perniagaan mereka di sana.

"Sepatutnya program internet di perlebarkan kerana ia cukup luas dan sukar disekat, sebab ia berada di alam maya. Gunakanlah peluang yang ada untuk tujuan baik terutamanya tentang apa yang kerajaan lakukan supaya orang ramai dapat mengetahui dengan jelas tanpa putar belit, " tegasnya.

Penggunaanya yang meluas pasti memberi kesan pada masyarakat dalam jangka masa panjang tambahan lagi kesedaran orang melayu dalam kancah politik tidak meningkat dan memerlukan usaha yang lebih agresif terpaksa dilakukan.

Beliau mengakui melalui cabang internet masih tidak mampu mengubah kefahaman orang melayu terhadap isu yang berlaku terhadap negara melainkan ianya disebarkan menerusi cetakan.

Memandangkan teknologi maklumat begitu cepat perkembangannya, beliau berharap portal ebeL@e-Beli.com memberi penumpuan tentang pembangunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di samping negeri lain demi melawan arus media perdana yang tidak memberi tempat untuk Kerajaan Negeri memperjelaskan kedudukan sebenar terhadap isu yang timbul.

Ketua Pegawai Operasi ebeL@e-Beli.com, Haji Anuar Hashim (foto diatas) dalam ucapannya berharap kemunculan portal ebeL@e-Beli.com yang memberi maklumat pemberitaan di samping menyaluran sebaran perniagaan dan pengiklanan. Ia juga berfungsi sebagai media untuk empat negeri utara semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Memandangkan agak kurang penerangan mengenai negeri-negeri berkenaan apa salahnya ebeL@e.Beli.com mengambil tempat untuk mengupas isu, menyampaikan maklumat dan pengiklanan perniagaan supaya semua pihak mendapat manfaat serta kepuasan.

"Kita menyediakan berita, isu yang berlaku dan perniagaan dalam satu portal. Ia dirancang untuk kepentingan orang ramai mendapatkan maklumat yang sahih, " tambahnya.

Sementara itu, RadenS Albanjari (foto diatas) dalam penerangan ringkas berhubung pengurusan koporat mengenai laman ebeL@e-Beli.com berkata, bukan sahaja portal ini memaparkan berita dan iklan perniagaan bergambar bahkan pada bulan Ogos ini portal ini juga akan memperkenalkan video atau TV atau apa yang dipanggil sebagai ebeLTV sebagai satu saluran khusus terhadap apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat.

Selain dari menyiarkan isu setempat, TV berkenaan juga akan menyiarkan rancangan berbentuk terjah dan aduan rakyat yang akan dijawab oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Rakyat berpeluang bertanya masalah atau krew kami akan ke tempat anda bagi mendapatkan masalah setempat untuk diketengahkan kepada Adun supaya Adun dapat bertindak menyelesaikan masalah rakyat dengan berkesan dan terurus, " katanya.

Turut hadir dalam majlis peramian itu tadi ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Rosidi Husein, Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkifly Ishak, pimpinan Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang (PKR) dan DAP Negeri.


(*) klik portal ebeL di sini. (www.e-beli.com)

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.