Thursday, May 13, 2010

Uweek !! nak termuntah...


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Rabu mempelawa anggota Pemuda PAS di Perak meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO memandangkan minat yang tinggi diberikan oleh kepimpinan mereka terhadap UMNO sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata kepimpinan Pemuda PAS Perak sentiasa memberi komen dan pandangan terhadap perkembangan UMNO menunjukkan bahawa "mereka berminat kepada UMNO".

"Saya amat gembira dengan kesibukan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang banyak mengetahui tentang UMNO dan membuat analisis tentang kehadiran ahli parti semasa perasmian serentak UMNO Cawangan seluruh negeri di Stadium Indera Mulia minggu lalu.


"Bagi saya kenyataan yang disiarkan (akhbar tempatan) itu menunjukkan mereka mulai gerun dan ingin menyertai UMNO... jadi di sini saya ingin mempelawa mereka menyertai UMNO," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini pada Rabu.

Zambry, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa kenyataan Pemuda PAS Perak termasuk dakwaan bahawa UMNO Perak kini lemah dan tenat apabila perasmian serentak mesyuarat UMNO Cawangan tidak mendapat sambutan.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.