Thursday, May 13, 2010

Tazkiyatul An-Nafs

Oleh asshafiee

"Bersiap sedia menghadapi cabaran perjuangan

MUSLIMIN sekalian! Marilah kita mengambil iktibar daripada peristiwa peperangan Ahzab yang berlaku didalam bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulhijjah pada tahun kelima (5) Hijrah. Peperangan Ahzab ini sangat menguji keimanan umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w..

Peperangan ini berlaku apabila beberapa pemimpin Yahudi datang ke Makkah menemui pemimpin-pemimpin Musyrikin Quraisy, mengajak mereka bergabung dengan kabilah-kabilah Arab yang lain untuk membentuk pasukan tentera bagi menyerang Madinah dan menghancurkan Islam sehingga ke akar umbi.

Walaupun peristiwa ini sangat menggerunkan umat Islam pada masa itu, namun dengan keimanan dan keyakinan yang teguh kepada Allah Taala dan kepada janjinya, membolehkan mereka berhadapan dengan tentera Ahzab yang bilangan mereka berlipat kali ganda berbanding dengan bilangan umat Islam, dan akhirnya mereka diberi kemenangan oleh Allah Taala. Betapa kukuhnya keimanan dan keyakinan umat Islam pada masa itu digambarkan oleh Allah Taala didalam al-Quranul Karim dengan firmanNya yang bermaksud :

"Dan apabila orang-orang beriman melihat tentera Ahzab, mereka berkata inilah apa yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya, dan benar janji Allah dan rasulNya, dan tidak menambahkan kepada mereka kecuali keimanan dan penyerahan diri kepada Allah. Ada dikalangan orang-orang yang beriman itu lelaki-lelaki yang membenarkan janji mereka kepada Allah (untuk berjuang). Maka dikalangan mereka ada yang mati syahid dan dikalangan mereka ada yang masih menunggu-nunggu. Dan mereka tidak sekali-kali mengubah janji mereka." (Suraj Al-Ahzab ayat 22-23).

Daripada peristiwa Ahzab ini hendaklah kita menyedari bahawa walaupun musuh-musuh Islam daripada penganut berbagai-bagai agama dan mereka bermusuh-musuhan sesama mereka, mereka tetap akan bersatu apabila berhadapan dengan Islam. Mereka akan terus melakukan penentangan terhadap Islam dan akan berakhir hanya apabila umat Islam keluar daripada Islam. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan mereka akan tetap memerangi kamu sehingga mereka berjaya memurtadkan kamu daripada ugama kamu sekiranya mereka mampu." (Surah al-Baqarah ayat 217).

Permusuhan ini akan tetap berlaku bukan terhenti pada zaman Rasulullah s.a.w. Ia akan berpanjangan sehingga hari kiamat. Di dalam melangsungkan permusuhan terhadap umat Islam, mereka tidak akan mengira di mana tinggal orang Islam dan daripada bangsa mana orang Islam, walaupun satu bangsa dengan mereka.

Di dalam suasana permusuhan yang berpanjangan ini, umat Islam hendaklah meneruskan usaha menyampaikan risalah Islam dan menjadi umat contoh yang keluarkan oleh Allah Taala untuk umat manusia dan menjadi saksi ke atas mereka pada hari kiamat. Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Kamu merupakan sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh perkara baik dan kamu mencegah kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allah." (Surah A-li Imran ayat 110).

Dan firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan demikianlah kami dijadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi faktor kemenangan yang diberikan oleh Allah Taala." (Surah al-Baqarah ayat 143).

Rasulullah s.a.w tidak hilang pertimbangan apabila mengetahui kedatangan tentera Ahzab. Rasulullah s.a.w. bermesyuarat dengan para sabahat bagaimana hendak berhadapan dengan tentera Ahazb. Seorang sahabat bernama Sulaiman Farisi berasal dari Parsi mencadangkan supaya digali parit sepanjang kawasan yang boleh dilalui oleh musuh. Cadangan ini diterima dan Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabat Muhajirin dan Ansar bertungkus lumus menggali parit sehingga parit berjaya disiapkan dalam masa yang singkat.

Bila tiba tentera Ahzab, mereka terkejut apabila melihat parit yang terbentang luas dihadapan mereka meghalang kemaraan mereka. Orang-orang Islam bertahan beberapa bulan tetap di dalam keimanan dan keyakinan kepada Allah Taala dan janjiNya.

Tentera Ahzab tidak boleh bertahan lama apabila mereka berpecah sesama sendiri. Maka datanglah pertolongan dari Allah Taala dengan ditiup angin kencang malam yang gelap gelita yang menakutkan, lalu menerbang dan mencabut khemah mereka dan memusnahkan kelengkapan perang mereka.

Allah Taala Maha Kuat tidak boleh dikalahkan oleh musuh walau bagaimana kuat mereka. Inilah keyakinan orang-orang Islam pada masa itu dan inilah keyakinan yang wajib ditanam di dalam setiap hati umat Islam hari ini. Marilah kita asingkan orang-orang yang berpura-pura beriman di hadapan umat Islam sedangkan mereka memyembunyikan di dalam hati mereka perasaan tidak yakin kepada Allah dan RasulNya serta Islam. Marilah kita mengikut teladan orang-orang yang terdahulu yang beriman kepada Allah dan yakin bahawa Islam inilah yang menyatukan mereka, Islam inilah yang menguatkan mereka dan Islam inilah yang menyelamatkan mereka didunia dan diakhirat. Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah, kuatkan kesabaran, bersiap sedialah (di dalam perjuangan) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya." (Surah A-li Imran ayat 200)

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.