Sunday, May 16, 2010

Pengundian Pilihan Raya Kecil Sibu Bermula


Para pengundi membuat semakan daftar pemilih sebelum mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nangka, Sibu hari ini.

SIBU: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu bermula hari ini apabila pusat-pusat pengundian mula dibuka pada pukul 8 pagi.

Baki 52,158 pengundi bakal memilih anggota Parlimen yang baru kawasan itu di 45 pusat pengundian dengan 110 saluran, iaitu di 39 sekolah, dua tadika, sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan dan pusat rekreasi awam.

Seramai 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 polis telah melaksanakan tanggungjawab mereka pada Khamis dan Jumaat lepas.

Cuaca cerah pagi ini membolehkan proses pengundian berjalan lancar dengan pengundi kelihatan mula berbaris sebelum pusat pengundian dibuka.

Mereka bakal membuat pilihan antara calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau Hui Yew, Wong Ho Leng dari DAP, dan calon Bebas Narawi Haron.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan 80 peratus jumlah keluar mengundipada pilihan raya kecil ini.

Pengundi-pengundi dinasihatkan supaya keluar awal untuk mengundi memandangkan Jabatan Meteorologi meramalkan hujan pada sebelah petang.

Polis mengerahkan 2,000 anggota untuk mengawal keadaan.

Sepuluh pusat pengundian akan ditutup pada pukul 1 tengah hari, lima pada pukul 2 petang, enam pada pukul 3 petang, dua pada pukul 4 petang manakala 22 lagi pada pukul 5 petang.

Penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Suarah Sibu di sini.

Keputusan pilihan raya dijangka diumumkan seawal-awalnya pada pukul 9 malam. -

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.