Sunday, January 29, 2012

TUAN GURU HADI AWANG berjiwa besar, kata peminpin PAS

WSH melapur

SHAH ALAM – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub (gambar)menyifatkan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhasrat untuk berundur dan bersedia tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar.

Menurutnya, Abdul Hadi dilihat sanggup berundur ketika berada di puncak dalam karier politiknya walaupun beliau masih diperlukan berada dalam parti.

“Kenyataannya menggambarkan beliau seorang pemimpin yang memperjuangkan parti dan memiliki visi penting dalam konteks politik di Malaysia,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Abdul Hadi membuat keputusan berundur berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

Salahuddin berkata, sumbangan Abdul Hadi kepada negara dan parti masih diperlukan.“Abdul Hadi tidak mengutamakan jawatan sebaliknya fokus kepada matlamat hidupnya tercapai dan antaranya ialah apa yang diperjuangkan dalam Pas.

“Saya berterima kasih kepadanya kerana mengajar kami (ahli Pas) mengenai jawatan dalam politik bukanlah segalanya,” katanya.

Pas akan membincangkan hasrat pengunduran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mungkin pada mesyuarat bulanan parti itu 12 Februari depan.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau tidak dimaklumkan secara rasmi tetapi pemimpin tertinggi Pas itu pernah menyuarakan hasrat itu untuk memberi peluang kepada muka baru.

Menurut beliau, Abdul Hadi sebenarnya masih diperlukan dalam Pas kerana pengalamannya yang berjaya membawa parti itu ke kemuncaknya.

Sementara itu, Ketua PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman menyifatkan pengunduran itu sebagai sikap pemimpin Pas yang amanah.

Fauzi berkata, sebagai rakan seperjuangan beliau memuji Abdul Hadi kerana berjaya membawa Pas kepada pentadbiran Pas yang lebih kukuh.

“Ini satu kemuliaan dalam pemimpin Pas, sanggup berundur dan bersedia memberi peluang kepada muka baru,” katanya.

Beliau juga percaya Pas Terengganu akan kukuh di bawah pelapis baru dan mengekalkan persahabatan dalam PR

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.