Friday, January 20, 2012

Soalan-soalan yang lazim tentang DAP

Roketkini.com,

Adakah DAP anti-Melayu dan anti-Islam?

DAP menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan 1957 yang secara terang-terangan mendaulatkan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa yang sama melindungi hak agama-agama lain untuk diamalkan secara bebas. Hakikat ini termakbul dalam perlembagaan parti DAP yang meluhurkan Perlembagaan Persekutuan 1957 sebagai undang-undang paling agung di negara kita.

Apakah pendirian DAP mengenai konsep ‘negara Islam’?

DAP merupakan sebuah parti yang berpolitik sekular. DAP menegakkan dan melaksanakan apa-apa yang termakbul dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk menghormati Islam sebagai agama Persekutuan serta menyempurnakan hak kepada umat Islam dalam pentadbiran negeri (Pulau Pinang) dan memelihara hak agama-agama lain untuk diamalkan. DAP tidak menggunakan atau mempergunakan  mana-mana agama dalam dasar politiknya.

Adakah DAP ingin menubuhkan sebuah ‘negara Kristian’?

Seperti yang sudah dijelaskan, DAP sebagai parti politik sekular langsung tidak menggunakan atau mempergunakan mana-mana agama dalam dasar politiknya. Tuduhan konspirasi ‘negara Kristian’ adalah fitnah semata-mata.

Adakah DAP menyokong seorang Perdana Menteri beragama Kristian?

Walau pun Perlembagaan Persekutuan membenarkan seorang Perdana Menteri dilantik daripada mana-mana kaum dan agama, DAP tetap akan menyokong seorang pemimpin Melayu yang berwibawa, beramanah dan berprinsip sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ini adalah berasaskan realiti masyarakat di mana orang Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia.

Adakah DAP komunis atau mempunyai unsur komunis?

Fahaman komunis adalah satu idelogi yang ditolak sepenuhnya oleh DAP and pimpinannya sejak ia ditubuhkan pada 1966. Ideologi DAP adalah demokrasi sosial yang mengambil jalan tengah dalam aspek-aspek ekonomi, politik dan sosial.Dalam satu wawancara, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pernah berkata bahawa kemunduran negara China dalam tahun 1960-an dan 1970-an adalah akibat daripada dasar komunisme yang tidak membawa manfaat malah melembabkan daya saingan negara tersebut.  Baginya, sistem komunis akan mengakibatkan rakyat menjadi malas dan ekonomi hancur.

Adakah DAP mahu memansuhkan kedudukan istimewa Melayu?

Kedudukan istimewa Melayu yang ternyata dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah dipersoalkan  oleh DAP. Malah, DAP dengan tegas mempertahankan apa-apa hak yang termakbul dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, termasuk agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

Adakah DAP ingin menggantikan dasar tindakan afirmatif seperti DEB dengan dasar meritokrasi?

Sebagai sebuah parti demokratik sosial, salah satu dasar yang terpenting adalah kebajikan sosial dan masyarakat. Oleh itu, dasar tindakan afirmatif adalah selaras dengan pendirian DAP. Akan tetapi, ia wajib dilakukan atas dasar keperluan dan bukan mengikut kaum atau agama. Pokoknya, manfaat harus disampaikan kepada golongan yang miskin dan terpinggir, dan bukan golongan yang mempunyai kabel politik. Yang DAP pertikaikan tentang DEB ialah pelaksanaannya yang gagal membantu orang  miskin secara menyeluruh, sebaliknya cuma melahirkan segelintir jutawan-jutawan kroni.Kesimpulannya, DAP menyokong dasar-dasar tindakan afirmatif yang dapat membantu rakyat miskin mendapat pertolongan dalam pendidikan, perumahan dan lain-lain lagi, tanpa mengira kaum atau agama. Keperluan menjadi keutamaan untuk diberi bantuan manakala pencapaian dan merit perlu dijadikan ukuran kelayakan.

Adakah DAP parti cauvinis yang hanya memperjuangkan hak kaum Cina semata-mata?

DAP terbuka kepada semua bangsa dan kaum. Malah, DAP kini mempunyai bilangan wakil rakyat daripada kaum India yang terbanyak antara semua parti di Malaysia. Sungguh pun begitu, kebanyakan ahli DAP memang berketurunan Cina. Belum ramai Melayu menyertai DAP akibat daripada tekanan dan kekangan oleh media arus perdana, terutamanya media Bahasa Malaysia, yang telah sekian lama memomokkan DAP di kalangan orang Melayu. Sebaliknya, kerana maklumat dapat disemaikan dengan lebih tulus dan matang dalam media bahasa Cina yang tidak dikawal seketat media lain, maka lebih ramai ahli dan penyokong dapat dipikat daripada kalangan rakyat berbahasa Cina.DAP tidak berjuang kerana kaum atau agama. Ia berjuang demi keadilan sosial, kebebasan dan peluang saksama tanpa mengira kaum atau agama. Kini DAP sedang berusaha lebih kuat untuk meningkatkan pendekatan terhadap semua rakyat Malaysia termasuk orang Melayu, Kadazandusun, Iban, Bidayuh dan kaum-kaum Bumiputera lain.

Pernahkah DAP mempunyai pimpinan dan calon-calon Melayu?

Dalam sejarah DAP sejak penubuhannya pada tahun 1966, terdapat ramai pemimpin dan calon-calon daripada berbilang bangsa termasuk Melayu. Malah, DAP telah menurunkan calon-calon Melayu dalam setiap pilihan raya umum yang telah ditandinginya sejak 1969.Seramai 6 wakil rakyat Melayu daripada DAP telah memenangi kerusi-kerusi dewan undangan negeri serta parlimen, termasuk Ibrahim Singgeh dan Ahmad Nor. Selain itu, Senator Dewan Negara yang pertama daripada DAP merupakan seorang Melayu, iaitu Tunku Abdul Aziz yang merangkap Naib Pengerusi DAP. Beliau seorang bekas presiden badan anti-rasuah yang terkemuka Transparency International dan pernah menjadi penasihat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Adakah DAP menggalakkan orang Melayu menyertainya?

Kecil tapak tangan, nyiru DAP tadahkan. DAP mengalu-alukan sesiapa sahaja warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang mahu sama-sama berjuang untuk mengubah negara supaya menjadi lebih baik, lebih aman, lebih stabil, lebih adil, lebih demokratik, lebih bebas, lebih berpeluang saksama, lebih makmur dan lebih maju, untuk menyertai parti.

Adakah DAP menggalakkan wanita menyertainya?

Sebagaimana DAP menggalakkan penyertaan dari mana-mana individu pelbagai latar belakang yang percaya kepada sistem demokrasi dan keadilan sebenar, DAP juga amat memerlukan tenaga wanita untuk sama-sama berjuang. DAP menghormati prinsip kesaksamaan gender dan mahu wanita berperanan besar dalam usaha mengubah Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik.

Benarkah DAP memperalatkan PAS dan PKR?

Bukan sahaja tidak benar, malah tuduhan ini yang sering dilemparkan oleh UMNO cuba menggambarkan bahawa pemimpin-pemimpin PAS dan PKR tidak bijak, boleh berfikir sendiri dan tidak faham politik. Niat tuduhan ini ialah untuk menimbulkan kecurigaan dan rasa was-was orang Melayu terhadap DAP. Matlamat tuduhan ini ialah supaya Pakatan Rakyat berpecah-belah dan ini akan memudahkan UMNO terus memerintah negara ini bersama 12 lagi parti komponen Barisan Nasional yang hanya mengikut sahaja kehendak UMNO.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.