Thursday, September 8, 2011

Gerakan Islam dalam mencapai kemerdekaan

Oleh Abu Firdaus

Sambutan ulang tahun hari kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos ini dan pehttp://2.bp.blogspot.com/_4KnCE5okB7k/TJELeoywVTI/AAAAAAAABgA/dx7VB1kgq7I/s1600/lagu-patriotik-malaysia.jpgnubuhan Malaysia pada 15 September adalah wajar mengingatkan semula detik-detik khususnya untuk anak-anak muda yang menyokong PAS.

Apabila berbicara mengenai pembentukan negara Tanah Melayu, empat tokoh ini pasti disebut-sebut dan layak dipanggil bapa-bapa kemerdekaan. Mereka ialah Dr Burhanuddin Al-Hilmy, Ahmad Boestamam, Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman.

Walaupun Tunku dinamakan Bapa Kemerdekaan kerana akhirnya beliau yang membuat pengisytiharan untuk sampai ke situ, ia dirintis oleh tiga tokoh terdahulu. Tokoh terdahulu ialah Onn yang melawan Malayan Union, menggembleng orang Melayu dan menubuhkan Umno sebagai wadah pencapai kemerdekaan.

Tetapi beliau hanya melaungkan slogan Hidup Melayu sedangkan gagasan kemerdekaan telah dilaungkan terlebih dahulu oleh Dr Burhanuddin dan Boestamam.

Boestamam bersama Mokhtaruddin Lasso adalah pengasas bersama parti pertama di Tanah Melayu iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Boestamam dan Mokhtaruddin mewakili dua aliran utama yang berbeza dalam PKMM itu tetapi bersatu bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Ketika itu, iaitu tahun 1945, Jepun baru menyerah kalah dan belum timbul Malayan Union, Onn dan Umno. Boestamam mewakili aliran nasionalis sementara Mokhtaruddin mewakili komunis. Sementara golongan agama turut berada dalam aliran nasionalis.

Perlu disebut di sini nasionalisme Boestamam adalah bersifat kiri, bukannya kanan seperti Umno. Usaha Mokhtaruddin hendak menamakan parti baru itu sebagai Parti Sosialis Malaya gagal sebaliknya perwakilan menyokong cadangan Boestamam bagi menamakan PKMM mengikut nama parti Sukarno iaitu Partai Nasionalis Indonesia (PNI). Mokhtaruddin juga gagal untuk menjadi pemimpin utama PKMM, sebaliknya Boestamam dan kumpulannya memilih Dr Burhanuddin, seorang ulama sebagai ketua parti baru itu.

PKMM menjadi parti pertama di Tanah Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan penuh dan tidak mahu sebarang ikatan atau naungan dengan Britain.

Boestamam yang ketika itu jauh masih muda menubuhkan sayap pemuda PKMM bernama Angkatan Pemuda Insaf (API). Oleh kerana ia memperjuangkan Merdeka Dengan Darah, API bergerak secara bebas daripada PKMM.

PKMM dan API turut menyertai Umno apabila ia ditubuhkan pada tahun 1946.

Tetapi kedua-duanya keluar apabila Umno hanya mahu membantah MalayanUnion dan bukannya menuntut kemerdekaan penuh. PKMM kemudian menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (Putera) yang menggabungkan pertubuhanpertubuhan Melayu yang jelas dan tegas memperjuangkan kemerdekaan penuh.

Selain PKMM, pertubuhan lain ialah API, Gerakan Rakyat Muda (Geram), Barisan Tani Se-Malaya (Batas) dan Majlis Tertinggi Agama Islam (MATA), sebuah pertubuhan ulama yang berasal dari Gunung Semanggol, Perak.

Putera yang diketuai oleh Pak Sako, juga salah seorang pemimpin PKMM bekerjasama dengan Majlis Bertindak Bersama Seluruh Malaya (AMCJA) yang menggabungkan pertubuhan bukan Melayu bagi menggubalkan Perlembagaan Rakyat untuk negara Malaya merdeka. MATA kemudian menjadi Hizbul Muslimin yang muncul sebagai parti Islam pertama di negara ini.

Apabila Darurat, banyak pemimpin nasionalis yang bukan komunis turut ditangkap termasuklah Dr Burhanuddin dan Boestamam sekali gus melumpuhkan PKMM, API, Putera dan Hizbul Muslimin.

Hanya Umno yang selamat dan apabila ia mengubah slogan perjuangannya daripada Hidup Melayu kepada Merdeka, banyaklah pejuang nasionalis itu turut serta Umno.

Namun pada tahun 1951, biro ulama Umno tidak puas hati dan mereka keluar untuk menubuhkan Parti Islam Se-Malaya (PAS). Bekas pendukung Hizbul Muslimin beralih kepada PAS.

Apabila Boestamam dibebaskan, dia mencadangkan penubuhan sebuah parti sebagai lanjutan kepada PKMM iaitu Parti Rakyat Malaya (PRM).

Beliau mencadangkan supaya Dr Burhanuddin menjadi ketua, tetapi beliau telah memilih PAS yang mengundangnya untuk memimpin mereka.

Dalam hal ini, Boestamam mengisytiharkan bahawa selagi kedua-duanya masih hidup PAS dan PRM akan menjadi parti sahabat. Kini Parti Keadilan Rakyat yang merupakan merupakan gabungan Parti Keadilan Nasional dan PRM kini menjadi sahabat PAS.

Sementara Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah lanjutan kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP atau turut dikenali sebagai Petir) Singapura yang salah seorang pengasasnya ialah Allahyarham A Samad Ismail. A Samad adalah pengasas Geram yang pernah bergabung dalam Putera.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.