Monday, March 21, 2011

Isu kekayaan Taib, tanah adat tidak cukup berkesan?

Oleh INTAN ABDULLAH

KUALA LUMPUR: Umno-BN dipercayai akan menggunakan isu perkauman bagi mempertahankan penguasaannya pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak tidak lama lagi. Menurut pPenganalisis pPolitik daripada Wadah Pencerdasan Umat, Prof Madya Dr Shahruddin Badarudin, pengundi Melayu-Melanau yang dipercayai bakal mengekalkan undi mereka terhadap BN akan didoktrinkan kepercayaan mengenai kehilangan autonomi Melayu terhadap pemerintahan pentadbiran kerajaan negeri itu sekiranya mereka tidak menyokong Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Saya lihat kebijakan BN adalah mereka boleh memanipulasi isu etnik untuk terus mengekalkan penguasaan mereka di Sarawak dengan menyatakan memberi undi kepada selain Taib akan memberikan kesan yang lebih teruk kepada masa depan Melayu-Melanau," katanya kepada Harakah baru-baru ini.

Walaupun pengundi Melayu di Sarawak berjumlah 27 peratus, ujarnya itu tetap tidak akan mengubah apa-apa keadaan yang telah sedia ada.

Dalam pada itu, Shahruddin berkata pengundi Cina seramai 32 hingga 33 peratus pula dilihat berpotensi untuk menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap banyak isu di negeri itu ke dalam bentuk undi.

"Mereka yang kebanyakannya tinggal di Sibu dan kawasan-kawasan bandar memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber terutamanya internet yang memberikan kelebihan untuk menilai isu-isu setempat," ujarnya.

Namun begitu, beliau berkata pengundi Iban yang dianggap sebagai penentu kemenangan pada PRU negeri itu pula berpecah dan sukar dijangka kecenderungannya.

Ditanya mengenai isu yang relevan kepada pengundi Sarawak, beliau merasakan kebanyakan isu seperti kekayaan Taib serta masalah tanah sukar untuk meninggalkan kesan di hati pengundi.

"Hal ini adalah disebabkan halangan dari segi logistik termasuk cara penyebaran maklumat yang lebih banyak bergantung kepada internet serta kos penerangan melalui kertas yang tinggi.

"Ini merupakan cabaran yang getir buat Pakatan Rakyat dalam mengadakan proses penerangan serta penyebaran bahan-bahan kempen kepada pengundi memandangkan kos yang terpaksa ditanggung begitu tinggi," katanya lagi.

Tambahnya, daripada 71 Dun yang terdapat di Sarawak, lebih dua pertiga daripadanya adalah penduduk yang tinggal di luar bandar.

Pengundi Melayu yang kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai dan sungai dilihat agak sukar terkesan dengan isu kekayaan yang dimiliki Taib.

Manakala isu tanah yang dikatakan relevan juga dikatakan kurang dirasakan pengundi kerana kebanyakan tanah yang terlibat tidak diisytiharkan pemilikannya oleh sesiapa pun.

"Secara psikologinya, pengundi Melayu merasakan mereka tidak selamat jika mereka mengubah sokongan sebaliknya pengundi Cina berupaya melakukan sedemikian," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.