Oleh YB V.Sivakumar
Genap 50 tahun undang-undang ISA mengancam amalan demokrasi du tanah air kita. ISA diwujudkan semata-mata untuk membentaras aktiviti bawah tanah komunis. Itu merupakan matlamat utama undang-undang ini diluluskan di Parlimen pada bulan Ogos 1960. Kini, seluruh dunia tahu bahwa tidak ada komunis di negara kita.
Oleh itu, undang-undang ISA tidak relevan lagi. Undang-undang ini merupakan satu ancaman kepada amalan demokrasi dan hak asasi manusia. Sudah tiba masanya untuk kita mansuhkan undang-undang yang zalim ini.
Apakah guna kita mencapai tahap negara maju jika hak asasi rakyat tidak terjamin. Rakyat adalah bebas menyuarakan pendapat dan bebas berpersatuan. Ini adalah hak yang diberikan oleh Perlembagaan Malaysia. Tetapi, undang-undang ISA ini bertentangan dengan hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Jika seseorang ditangkap di bawah ISA, beliau tidak diberi peluang untuk membela diri di mahkamah. Kuasa tertumpu kepada seorang ahli politik yang menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri. Menteri ini membuat keputusan mengikut naluri dan budi bicaranya sendiri. Kesahihan keputusan yang dibuat oleh menteri berkenaan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.
Undang-undang ini memberi kusa mutlak kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan seseorang tanpa dibicara. Ini tidak adil kerana, kuasa menghukum seharusnya diberikan kepada pihak kehakiman. Menteri tidak seharusnya campurtangan dalam hal itu. Ini akan menjamin doktrin pengasingan kuasa yang menjadi tunggak kepada amalam demokrasi.
Kini undang-undang ISA disalah gunakan oleh kerajaan untuk menahan aktivis-aktivis yang tidak sehaluan dengan kerajaan. Ramai memimpin-pemimpin politik pembangkang dan Ngo pernah ditahan dibawah akta yang zalim ini. Kerajaan mengunakan ISA sebagai satu instrumen untuk membendung aktiviti-aktiviti politik pembangkang. ISA wujud semata-mata untuk menjaga kepentingan politik kerajaan Barisan Nasional.
Undang-undang yang ketinggalan zaman ini perlu dimansuhkan dengan segera. Tidak ada gunanya untuk kerajaan meminda undang-undang ini. Kita mahu satu suasana politik yang bebas supaya rakyat boleh menyuarakan pendapat mereka dengan lebih berkesan.
Ini akan menjamin amalan ‘kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat’. Jika tidak kita akan menghalang ratusan cendiakawan, belia, golongan profesional dan pakar-pakar untuk berkecimpung dalam politik tanah air kita. Mereka berasa tidak selamat untuk mengambil bahagian dalam arena politik Malaysia kerana dikawal dan ditekan dengan menggunakan ISA.
Dalam kata lain, undang-undang ini menghalang kemajuan negara kita. Ia juga menjadi penggalak kepada amalan rasuah, kronisme dan nepotisme yang berleluasa dalam negara kita sekarang. Jika kita mahu melihat negara kita mencapai status negara maju, satu daripada tindakan terawal yang perlu diambil ialah memansukan ISA .
No comments:
Post a Comment