Wednesday, July 28, 2010

Siapa orang muda?

Oleh Puspawati Rosman

Kita sering mendengar beberapa ayat yang menyentuh mengenai 'orang muda'. 'Dunia ini milik orang muda', 'kita memerlukan tenaga orang muda', dan macam-macam lagi.

Masalahnya, siapa itu orang muda? Apa bezanya hak orang muda dan orang tua di Malaysia?

Bagaimana pula dengan belia? 'Belia' tu muda juga kah? Kanak-kanak pula bagaimana? Adakah mereka dari spesis lain?

Pernahkah anda rasa nak termuntah, bila seseorang yang rambutnya sudah beruban dan berperut boroi, mengaku dirinya sebagai orang muda dan belia?

Bagi sesetengah orang, muda atau tua itu adalah perkara yang subjektif. Kalau umur tua tapi hati muda, maknanya kita masih muda. Banyak juga teknologi moden di zaman serba canggih ini yang boleh mengubah si tua menjadi si muda.

Ada juga orang muda yang mahu cepat tua supaya pandangannya diambil serius. Tapi, bagaimana pula dari segi undang-undang?

Saya cuba mencari jawapan siapakah sebenarnya anak muda dari segi undang-undang, tetapi jawapan yang saya temui tidak memuaskan hati saya.

Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan bahawa kanak-kanak ialah mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Akta ini juga memperuntukkan bahawa bagi kanak-kanak yang dibicarakan atas mana-mana kesalahan, kanak-kanak tersebut haruslah dibicarakan di mahkamah yang berasingan daripada orang dewasa, kecuali di dalam beberapa keadaan yang khas.

Terdapat juga beberapa peruntukan di dalam akta tersebut yang memberikan layanan yang berbeza bagi kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

Dahulunya terdapat Akta Kanak-kanak dan Orang Muda, yang mana kanak-kanak ialah mereka yang berumur di bawah 14 tahun, manakala orang muda ialah mereka yang berumur di antara 14 hingga 18 tahun. Tetapi akta ini tidak lagi digunapakai.

Menurut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 pula, belia ialah mereka yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun. Ini bermakna, kalau seseorang itu berkahwin pada umur 24 tahun dan mendapat anak pada umur 25 tahun, beliau dan anaknya akan sempat 'membelia' bersama-sama selama setahun.

Hubungan seks

Jadi, sekiranya anda berada di antara usia 15 hingga 18 tahun, anda boleh jadi kanak-kanak, orang muda dan juga belia sekaligus, tetapi layanan yang anda dapat adalah berdasarkan situasi.

Jika anda melakukan kesalahan jenayah, anda akan dilayan seperti kanak-kanak, tetapi jika hendak menyertai mana-mana persatuan belia, anda akan dilayan seperti orang dewasa lain di bawah umur 40 tahun.

Sekarang, mari kita bercakap tentang seks.

Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa sekiranya seseorang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak perempuan di bawah umur 16 tahun, walaupun dengan kerelaan kanak-kanak perempuan tersebut, ia dianggap secara jenayah rogol.

Jika kanak-kanak perempuan tersebut berusia di antara 16 hingga 18 tahun, walaupun beliau masih seorang kanak-kanak, ia bukan lagi satu jenayah (jika bukan Islam), tetapi hanyalah masalah moral.

Persolannya, bagaimana pula jika pasangan seks kanak-kanak perempuan tersebut juga masih di bawah umur? Adakah kita patut melayan kanak-kanak lelaki tersebut sebagai seorang penjenayah, atau pesalah moral?

Pada masakini, kebanyakan kes-kes yang melibatkan 'perogol statutori' ini dibicarakan di bawah undang-undang jenayah.

Perbezaan-perbezaan layanan ini bukan sahaja dialami oleh orang muda yang masih dianggap kanak-kanak, tetapi juga orang muda yang sudah memasuki kategori belia.

Yang menariknya, perbezaan layanan yang mereka perolehi bukannya disebabkan umur, tetapi disebabkan latarbelakang pendidikan yang mereka terima.

Mahasiswa-mahasiswa universiti tempatan kita rata-rata berusia di antara 18 hingga 25 tahun. Mereka termasuk dalam kategori belia. Di dunia luar, mereka akan dilayan seperti orang dewasa yang lain.

Hilang hak

Akan tetapi, sebaik sahaja mereka mendaftar sebagai pelajar universiti atau kolej tempatan, mereka akan secara automatik kehilangan beberapa hak yang dinikmati oleh rakan-rakan mereka yang mungkin tidak berpeluang untuk ke pusat pengajian tinggi tempatan (atau mungkin lebih bernasib baik kerana mampu belajar di luar negara?).

Hak-hak tersebut ialah, antara lain, hak untuk berekspresi, berpersatuan dan berpolitik (Oh maaf, anda mungkin boleh menikmati hak itu secara terbuka jika anda menyertai parti politik dari pihak pemerintah).

Disebabkan halangan-halangan ini, mahasiswa-mahasiswa kita sering mendakwa bahawa mereka dilayan bagai warganegara kelas kedua di negara sendiri, dan saya tidak menyalahkan mereka.

Disebabkan perbezaan layanan, beberapa contoh ringkas yang saya beri di atas masih belum cukup untuk kita mengenalpasti siapakah sebenarnya orang muda dan apakah peranan mereka dalam pembangunan negara kita.

Sehingga ke hari ini, orang-orang muda Malaysia dianggap cepat dewasa untuk mengenal seks dan jenayah, tetapi dianggap lambat matang untuk mengenal politik atau mengendalikan pertubuhan yang tidak bergantung kepada kerajaan.

Bagaimana pula dengan orang-orang muda yang tidak terlibat di dalam mana-mana perkara di atas? Apakah pandangan penggubal undang-undang terhadap mereka?

Apa pula pandangan mereka terhadap penggubal undang-undang dan kerajaan yang menentukan nasib mereka?M/Kini

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.