Monday, July 5, 2010

Perjuangan Pakatan Rakyat berjangka panjang

Oleh Abu Firdaus

Daim Zainuddin meramalkan pada pilihan raya akan datang, Pakatan Rakyat akan terpukul. Bukan saja ia tidak akan dapat menawan Putrajaya tetapi juga akan hanya dapat mempertahankan dua negeri iaitu Kelantan dan Pulau Pinang. Peluang Pakatan Rakyat di kedah dan Selangor adalah 50-50, dan ia akan kehilangan Perak.

Tentu sekali ramalan daim ini akan daimbil kira memandangkan beliau meramal tepat pilihan raya lalu di mana negeri-negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam masa orang ramai sukar menerima jangkaannya. Kini kata-katanya tentu diambil berat.

Sememangnya selepas pilihan raya 2008, pihak Pakatan Rakyat berasa ghairah untuk menang di peringkat persekutuan. Mereka terus meramalkan akan mendapatkan Putrajaya pada pilihan raya akan datang. Tetapi sebenarnya kepercayaan itu hanya atas harapan yang tidak tepat. Sedangkan sebelum pilihan raya 2008, parti-parti Pakatan Rakyat tidak mimpi pun untuk menang sampai lima negeri.

Bagi pihak Barisan nasional pula, mereka menjangkakan kemenangan Pakatan Rakyat itu adalah sementara saja. Pada [pilihan raya akan datang dirasaakan pasti rakyat akan kembali kepada Barisan Nasional. Tetapi apakah realitinya? Apa yang diramalkan Daim itu ada kebenarannya. Tyeta[pi ia hanya berlaku pada jangka pendek. Dari segi jangka panjang, masa depan adalah pada Pakatan Rakyat.

Dalam pilihan raya akan datang mungkin Pakatan Rakyat kehilangan banyak kerusi dan terlepas tiga negeri. Hanya dapat mempertahankan dua negeri. Tetapi apa yang berlaku pada 2008 adalah suatu yang sebelum ini tidak terfikirkan dan ia merupakan pemecahan tembok kepada dominasi Barisan Nasional.

Tentunya tembok yang kukuh ini tidak boleh dipecahkand engan sekali hentakan, yang tidak terduga seperti dalam pilihan raya 2008. Selain itu, Barisan Nasional akan memperbaiki diri. Begitu juga Pakatan Rakyat akan menemui banmyak masalah dalam pentadbirannya dan tentu akan berbuat banyak kesilapan. Maka dalam keadaan ini, maka akan ada pengundi yang kembali ke Barisan Nasional.

Tetapi itu tidak harus mematahkan hati para pendokong Pakatan Rakyat. Segala kesilapan yang dilakukan sejak pilihan raya tahun 2008 harus dipelajari dan dijadikan sempadan serta pedoman. Begitu juga dengan cara Barisan Nasional. Sememangnya politik dilihat sebagai peperangan yuntuk mendapatklan kuasa. Sebab itu perkataan-perkataan yang digunakan seperti menawan, menembusi tembok, dan sebagainya adalah kata-kata dalam peperangan.

Tetapi dalam demokrasi, kuasa yang hendak diperoleh bukan semata-mata kerana untuk ahli politik mengaut keuntungan atrau mengejar nama. Demokrasi bertujuan supaya kuasa dimiliki bagi pihak rakyat. Ahli politik dan aktivis boleh menempa kerjaya dan nama tetapi ia harus terletak untuk kepentingan rakyat.

Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah pasukan yang menawarkan khuidmat kepada rakyat. Itu dari segi bahasa demokrasinya. Walaupun tentulah kedua-duanya terdiri daripada ahli-ahli politik yang mempunyai pelbnagai kepentingan dan tidak semestinbya tulus dan murni dalam perjuangan. Rakyat akan membuat pertimbangan. Ada masanya rakyat, sebagai manusia biasa tentu juga membuat kesilapan. Dalam keadaan ini, Pakatan Rakyat harus terus beruisaha dan teguh memegang prinsip.

Dlam hal ini, ada dua pilihan; Pakatan Rakyat atau Barisan nasional. Kemduian ada pecahan pula dar5ipada Pakatan Rakyat yang memanggil diri mereka sebagai Konsensus Bebas, terdiri daripada mereka yang keluar Pakatan Rakyat untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Apa yang dilakukan oleh Konsesnsus Bebas itu hanya melemahkan Pakatan Rakyat. Ia juga boleh dikatakan melanggar amanah rakyat yang memilih mereka kerana parti-parti Pakatan Rakyat. Akhirnya perkiraan masih antara Pakatan rakyat dan Barisan Nasional.

Rekod Barisan Nasional adalah jelas. Adakah cara mereka berpolitik itu wajar terus diterima? Mereka boleh membaik pulih tetapi usaha untuk memperbaiki diri sekarang adalah kerana kekuatan Pakatan Rakyat. Dalam hal ini ternyata sistem imbangan dua parti menuntut perubahan di pihak Barisan Nasional.

Bagi pengundi, mereka melihat cabaran Pakatan Rakyat telah mengubah Barisan nasional. Mungkin pada pilihan raya umum akan datang, mereka mahu memberi semula peluang kepada Barisan Nasional yang tentunya sudah berasa serik dengan pengalaman keputusan pilihan raya 2008.

Tetapi bagi pendokong dan aktivis Pakatan Rakyat, perjuangan mereka mesti jelas dan kemas. Walaupun ada sebnilangan wakil rakyat DAP dan Keadilan yang melompat keluar, tetapi sebagai gabungan parti, Pakatan Rakyat hanya perlu meningkatkan lagi semangat juang bagi mempertahankan garis-garis prinsipm partyi masing-masing.

Mereka harus mengingatkan semula inti perjuangan murni PAS, DAP dan Keadilan yang membezakan mereka daripada Barisan Nasional. Usaha mempertahankan prinsip peerjuangan ini tidak akan tercapai dengan melompat keluar seperti yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Bebas itu.

Apapun perbezaan di antara PAS, DAP dan Keadilan, tetapi apa yang mentyaukan mereka ialah perjuangan bagi urus tadbir baik, bersih daripada korupsi, nepotisme dan kolusi. Pakatan Rakyat juga memperjuangkan kebebasan rakyat dan kesetaraan saksama antara rakyat. Budaya elit adalah milik Barisan Nasional. Maka Pakatan Rakyat adalah sebaliknya.

Perjuangan PAS adalah panjang. Begitu juga dengan DAP. Lebih-lebih lagi ia dianggap sebagai pewaris kepada parti-parti demokratik sebelum penubuhannya. Keadilan adalah parti baru tetapi jika ia dianggap sebagai penerus kepada perjuangan Parti Rakyat, maka ia adalah setara pula dengan PAS.

Maka Pakatan Rakyat perlu dilihat sebagai perjuangan panjang yang berterusan. Sama ada berjaya atau belum berjaya, ia perlu dianggap sebagai idealisme dan prinsip, dan bukan untuk merebut kekuasaan daripada Barisan Nasional se,ata-mata.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.