Saturday, July 31, 2010

Biografi Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna.

Al-Syahid Hasan bin Ahamad bin Abdul Rahman al-Banna rh.a. dilahirkan di bandar Mahmudiah ( berdekatan Iskandariah ) pada tahun 1906. Beliau menamatkan pengajian di sekolah Dar al-Ulum, Kaherah dan kemudian bertugas sebagai pengajar yang sering berpindah dari satu bandar ke satu bandar. Beliau mengajak umatnya supaya mengamalkan al-Quran al-Karim dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi s.a.w. Melalui usahanya ini beribu-ribu mahasiswa, buruh, peladang dan sebagainya daripada pelbagai lapisan masyarakat mendapat hidayah.

Setelah itu, beliau menetap beberapa ketika di bandar Ismailiah. Di sini beliau menubuhkan pejabat pertama Ikhwan bersama-sama beberapa orang anggota ikhwan.

Usaha beliau melangkah setapak lagi apabila beliau mula mengadakan sesi ceramah serta menyebarkan bahan cetak. Malah beliau mula mengadakan lawatan ke beberapa bandar dan desa. Kesanya di setiap daerah akhirnya wujud sebuah pusat dakwah. Dakwah beliau juga bukan terhad untuk golongan lelaki sahaja malah di Ismailiah beliau menubuhkan Maahad Ummahat al-Muslimin bertujuan memberi didikan Islam untuk anak-anak perempuan.

Tidak beberapa lama kemudian beliau berpindah ke Kaherah. Dengan perpindahan ini bermakna ibupejabat dan pusat pentadbiran juga berpindah ke Kaherah. Di sini dakwah beliau semakin menyerlah. Ikhwan semakin berkembang dan jumlah mereka kini mencecah setengah juta orang.

Ahli politik dan kuncu-kuncu mereka mula bimbang dengan pengaruh al-Syahid. Oleh itu mereka berusaha menyingkirkannya dari medan politik. Namun segala usaha ini tidak mampu menggugatkan keazaman beliau. Beliau bangkit memperkenalkan Islam kepada seluruh manusia bahawa Islam mencakupi akidah, ibadah, tanahair, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya dan undang-undang.

Akhbar Ikhwan Muslimin yang diterbitkan setiap hari mula dilancarkan di Kaherah. Akhbar ini menjadi wahana dalam bentuk penulisan selain ceramah yang diadakan.

Ketika krisis Palestin meletus, pasukan tentera Ikhwan merupakan pasukan sukarelawan yang paling aktif. Mereka berjaya mara hingga hampir memasuki Tel Aviv. Malangnya pihak pemerintah ketika itu Raja Farouq telah mengkhinati perjuangan ini apabila beliau menandatangani perjanjian damai dan bertindak menahan peminpin-peminpin Ikhwan. Tindakan jahat pihak penjajah tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka mula merancang untuk membunuh al-Banna.

Ketika al-Banna berada di hadapan ibupejabat Pertubuhan Pemuda Islam di Kaherah mereka melepaskan beberapa das tembakan dan kemudian melarikan diri.

Malangnya tidak siapa yang merawat al-Banna. Beliau dibiarkan terlantar di lantai hospital dengan keadaaan darah yang masih mengalir. Mereka hanya menonton tanpa merasa belas kasihan dan berhati perut. Saudara-saudara terdekat juga dilarang melawat. Akhirnya selepas dua jam, menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1949.

Al-Syahid yang dikasihi Allah mengabadikan beberapa tulisan yang amat berharga, diantaranya Muzakirat al-Dakwah wa al-Da'iyah dan beberapa risalah.

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً

Di antara orang yang beriman itu, ada lelaki yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah; maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu, dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah janji mereka itu sedikitpun.

al-Ahzab ayat 23

Sumber Pustaka Salam

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.