Oleh Farah Zamira Farush Khan
Kali ini mangsanya adalah aktivis pro-Palestin dari seluruh dunia yang berjuang untuk pembebasan penduduk Palestin di Gaza, yang selama ini disekat rejim Zionis itu.
Tarikh 31 Mei adalah hari berdarah, meninggalkan kesan mendalam kepada umat Islam apabila konvoi Freedom Flotilla dengan 600 aktivis keamanan dari seluruh dunia yang membawa bantuan kemanusiaan Palestin, diserang komando Zionis di perairan antarabangsa.
Tindakan sombong dan biadab rejim tidak berperikemanusiaan itu yang ‘menyerang seluruh dunia’ menyebabkan 10 aktivis maut, manakala hampir 70 lagi cedera, bukan sekadar dikecam seperti yang berlaku setiap kali mereka menceroboh dan bertindak ganas, bahkan perlu diambil tindakan oleh kuasa-kuasa besar.
Israel sanggup membunuh mereka yang tidak bersenjata semata-mata kerana bongkak dan enggan membenarkan bantuan kemanusiaan tiba kepada lebih 1.8 juta penduduk Palestin di Gaza.
Apa yang berlaku cukup memilukan kerana aktivis cintakan keamanan dibunuh kejam. Pada masa sama ia menyemarakkan semangat umat Islam sedunia untuk bersatu dan bangkit menentang kezaliman Israel.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah berkata, ‘bangsa Yahudi memerintah dunia secara proksi’ dan ternyata, ada kebenaran di sebalik kata-katanya yang pada masa itu dikecam dunia sehingga beliau dilabel anti-Yahudi.
Israel, dengan hanya tujuh juta penduduk, seperti mengawal hampir tujuh bilion penduduk bumi dan bermaharajalela melakukan keganasan demi keganasan tanpa sedikit pun rasa gentar, bagaikan tiada apa dapat dilakukan dunia untuk menghentikan kekejamannya.
Setiap kali negara Zionis itu melakukan keganasan, dunia Islam hanya mengutuk, tetapi malangnya itu tidak dapat membantu menyelamat nyawa orang awam di Palestin yang bagaikan tiada nilai.
Kecaman tersebut tidak dapat menghalang seorang anak daripada meratapi kematian ibu bapanya, seorang isteri meratapi kematian suami dan seorang rakyat meratapi kehancuran bangsa dan negaranya.
Mungkin pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler bukanlah orang layak disanjungi kerana keganasannya, namun tiada siapa dapat menafikan kebenaran katanya, bahawa bangsa Yahudi menjadi parasit kepada orang sekeliling. Mereka datang ke sesuatu tempat, membunuh dan merosakkan tempat itu, sedangkan mereka hidup senang-lenang.
Dunia Barat sejak dahulu lagi secara terang-terangan lebih menyebelahi Israel, berbanding negara Islam yang diserang tanpa belas kasihan. Peristiwa terbaru ini membuktikannya.
Presiden AS, Barack Obama seolah-olah membisu. Kanada pula tidak mahu mengecam Israel, sebaliknya ingin menunggu penjelasan dari negara rejim itu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dengan sombong mendakwa AS dan Kanada memahami apa dilalui Israel untuk menghalalkan perbuatan askar rejim itu menyerang aktivis ke Gaza.
Amat menghairankan apabila Israel melakukan sesuatu yang dahsyat, dunia mengalih pandangan ke AS dan kuasa besar lain, mengharapkan mereka mengutuk serangan Israel.
Tiada apa yang patut diharapkan daripada mereka. Orang Islam sahaja dapat menyelamatkan nyawa saudara Islam mereka di Palestin.
Dunia Islam perlu sebulat suara mencari penyelesaian terhadap konflik ini. Semakin lama dibiarkan, banyak negara dan umat Islam menjadi mangsa penindasan mereka yang Islamofobia.
Daripada isu Palestin yang tidak pernah menemui noktah, beralih pula ke Afghanistan dan Iraq yang diheret ke kancah peperangan tanpa sebab yang kukuh. Terbaru Lebanon pula menjadi mangsa.
Berapa banyak lagi nyawa perlu dikorbankan sebelum negara-negara Islam berkuasa besar sedar Allah melaknati mereka yang tidak membantu saudara sesama Islam.
Negara-negara Arab yang kaya dan menjadi hab minyak dunia dengan mudah boleh menghentikan eksport minyak mereka ke AS dan Israel bagi melumpuhkan rancangan kedua negara itu untuk menyerang negara Islam lain.
Kekayaan yang dikurniakan Allah SWT kepada negara-negara Arab akan dapat menampung ekonomi mereka walaupun eksport minyak kepada kedua-dua negara bernaungkan dajal itu dihentikan. Tetapi mereka bersifat tamak, sanggup membunuh bangsa sendiri semata-mata kemewahan dunia.
Produk keluaran AS dan Israel tidak patut diimport negara-negara Islam. Pemboikotan akan melemahkan mereka. Bukankah Malaysia sendiri giat berkempen menggalakkan penggunaan barangan buatan sendiri? Inilah masanya untuk melihat kempen tersebut digerak dan digiatkan lagi. Negara-negara Islam tentu sedar, hanya dengan retorik, mengecam dan mengutuk tanpa mengambil apa-apa tindakan berkesan, adalah serupa seperti berdiam diri, sambil duduk dan menyaksikan kehancuran bangsa Palestin dan Lebanon di tangan durjana itu.
Jangan sia-siakan pengorbanan saudara kita yang menyertai konvoi itu. Mereka bergadai nyawa bagi membuka laluan kepada penyatuan umat Islam untuk menentang Israel dan menyelamatkan umat Islam yang tertindas itu.
Di manakah kita?
No comments:
Post a Comment