Saturday, June 5, 2010

Tinggalkan BN untuk selamat anak cucu, cicit

Oleh Muhammad Yusri Amin

“Saya mengingatkan seluruh rakyat di negara ini bahawa untuk membela nasib sendiri serta nasib anak cucu cicit kita, mestilah tinggalkan BN, ini pandangan saya,” ujar Naib Presiden Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), S. Surianarayanan.

Beliau berkata, untuk menyelamatkan negara dari pemerintahan yang ada sekarang, kerajaan itu mesti ditukarkan kepada kerajaan yang baru.

“Kalau kita tidak tukarkan kepada satu kerajaan yang baru, Kerajaan Malaysia akan hancur, ini berdasarkan kajian kami.

“Contohnya, Kerajaan Malaysia sudah begitu banyak hutang, hinggakan ekonomi kita tidak boleh dipulihkan sampai bila-bila masa pun.

“Negara kita sekarang sudah berada dalam keadaan muflis, justeru apabila kerajaan itu sudah nak ‘kiamat’, kita hendaklah selamatkan. Kita kena tukarkan kepada satu kerajaan yang baru,” kata Suria.

Beliau bercakap kepada media pada Seminar Hubungan Muslim – Non Muslim Dalam Konteks Malaysia – Ulasan Buku Prof Dr Yusof Al-Qardawi: ‘Kedudukan Non Muslim Dalam Masyarakat Islam’ di sebuah hotel di sini semalam.

Mengulas DHPP, beliau berkata dewan itu kini mempunyai keahlian di seluruh negara kira-kira 80,000 orang meski pun media sebelum ini melaporkan seramai 20,000 orang.

Di Perak sendiri, menurutnya, terdapat seramai 18,400 ahli berdaftar.

Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak (kini DHPP) berkata, setelah Kelab Penyokong PAS (KPP) didaftarkan atas nama DHPP, ramai ahli bukan Islam menyertai DHPP.

Ini, katanya kerana mereka sudah yakin dengan PAS dan mempunyai foundation yang kukuh.

“Sebab itulah kami kaum India sekarang sudah tahu akan tindakan BN (bahawa) mereka begitu lama perbodohkan kami khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Bukan saja orang bukan Islam tetapi juga orang Islam sendiri diperbodohkannya.

“Ramai juga dari kawan kami dalam Umno sendiri sudah sedar, justeru mereka akan menyertai DHPP.

“DHPP berharap PAS dan Pakatan Rakyat akan mampu memerintah Malaysia, dengan dibantu semua penganut agama-agama yang ada di negara ini,” ujarnya.

Seminar itu disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS, manakala pembentangannya dilakukan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim (Macma) Ann Wan Seng, Shah Kirit (Saba Islamic Media), Datuk Dr Johari Mat (Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra – KIAS) dan Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai pengulas.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.