Monday, June 7, 2010

Perwakilan muslimat jadikan PAS lebih dinamik

Pertamanya kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan izinnya, kita dapat berhimpun untuk menyampaikan berita-berita terakhir berhubung Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat bagi kali ke-50.

Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) pada kali ini akan dirasmikan serentak dengan lain-lain dewan iaitu Dewan Ulama dan Dewan Pemuda. Perasmian akan dilakukan oleh Yang Amat Berhormat, Datuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 9 Jun 2010 pada jam 8.00 malam di Putik, Kota Bharu, Kelantan.

Muktamar penuh Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-50 akan memulakan sidang muktamarnya pada 10 Jun, Khamis bermula jam 8.00 pagi hingga tamat yang dijangka pada jam 4.00 petang.

Muktamar DMPP pada kali ini akan berlangsung di Dewan Duyung Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.

Kepada semua Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Ketua-Ketua DMP negeri, perwakilan kawasan-kawasan seluruh Malaysia, pemerhati PAS Pusat, tetamu jemputan, pemerhati muslimat, saya mewakili DMPP mengucapkan ahlan wasahlan kepada semua.

Terdahulu dari itu, semua perwakilan adalah diharapkan agar mendaftarkan perwakilan masing-masing pada 9 Jun bermula 10.00 pagi di Putik, Kota Bharu, Kelantan.

Pada tahun ini, PAS melaksanakan pindaan kepada peruntukan perwakilan muslimat untuk Muktamar DMPP yang telah diluluskan pada Perlembagaan PAS (Pindaan 2009) dengan melibatkan perwakilan Muslimat seramai 4 orang dari setiap kawasan di seluruh Malaysia. Ada sebanyak 155 buah Dewan Muslimat Kawasan yang berdaftar di seluruh Malaysia, menjadikan jumlah Muslimat yang akan hadir seramai 620 orang.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, perwakilan Muslimat hanya 15 orang bagi setiap negeri. Ini bermakna pertambahan bilangan yang hadir adalah jauh lebih besar dari sebelumnya. Perubahan ini juga menjadikan PAS sebagai satu parti yang lebih demokratik dan dinamik terutama dalam penglibatan kaum wanita.

Pembaharuan ini adalah tepat dengan masanya untuk melebarkan pendedahan kepada Muslimat dalam hal-hal berkaitan pengurusan dan organisasi PAS kepada jaringan yang lebih luas. Perkembangan ini juga akan melatih pimpinan Dewan Muslimat Kawasan-kawasan bersedia menjadi anggota sebuah parti pemerintah yang peka dan prihatin dengan suasana serta keperluan masyarakat sekitar.

Suka diingatkan bahawa DMPP amat gembira untuk melihat para perwakilan mewakili negeri dan kawasan masing-masing dalam keseragaman warna hijau yang menjadi pakaian rasmi DMPP bertudung warna putih. Ini adalah warna yang amat sinonim dengan Muslimat PAS.

Kita juga telah menerima beberapa usul dari kawasan-kawasan dan berharap perwakilan akan memberikan tumpuan untuk membahas dengan bijaksana dan mengeluarkan hujjah yang baik dan bernas di sepanjang muktamar nanti. Selain daripada itu para perwakilan juga akan berpeluang menyaksikan video klip yang mewarnai semangat perjuangan muslimah untuk mengekalkan momentum perjuangan.

Sehubungan itu, kita minta semua perwakilan akan hadir dengan persiapan minda agar dapat dikongsi bersama input dan maklumat bermanfaat yang boleh dijadikan bekalan apabila kembali ke tempat masing-masing.

Pada kesempatan ini, DMPP mengutuk sekeras-kerasnya rejim zionis haram Israel di atas serangan gila yang di luar batas kemanusiaan serta norma masyarakat yang bertamadun ke atas konvoi flotila keamanan bantuan kemanusiaan Gaza.

DMPP bersama-sama penyokong perjuangan rakyat Palestin untuk survival serta mempertahankan hak-hak mereka. Kita menuntut supaya semua kepungan yang dikenakan terhadap Semenanjung Gaza oleh rejim zalim Israel dengan bantuan Mesir dihentikan segera.

DMPP juga menuntut agar kerajaan Malaysia bersama-sama masyarakat antarabangsa memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan hegemoni rejim haram Israel dikekang. Juga menamatkan segera sebarang kaitan dan manipulasi dengan anasir-anasir rejim zionis Israel di dalam negeri seperti APCO sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Nuridah Mohd Salleh,
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.