Sejak tahun-tahun sebelumnya, penderitaan penduduk Gaza dalam wilayah Palestin telah diketahui umum, termasuklah waktu-waktu sebegini, mereka mengalami sekatan ekonomi yang sungguh dashyat yang dilakukan oleh Negara Zionis Kafir, juga merangkumi dokongan negara-negara kafir (yang menyokong Zionis) hingga memudaratkan penduduk-penduduk Gaza akibat sekatan tersebut yang melemahkan serta menekan mereka. Sebaik musuh menyedari kelemahan mereka (penduduk Gaza) disamping rasa putus harapan, meliputi penduduk terdekat disekitar mereka, Zionis terus menyerang mereka dengan ledakan bom serta peluru berpandu, memusnahkan tanaman dan ternakan, hingga membunuh ribuan, mencederakan hampir ribuan penduduk awam serta tentera, golongan kanak-kanak serta wanita, semata-mata memenuhi hasrat pembersihan etnik (genocide) ke atas orang-orang Islam yang berada di wilayah tersebut, menamakan mereka sebagai pengganas terutamanya kelompok yang mempertahankan agama Islam, mempertahankan diri sendiri dan orang-orang lemah sedaya upaya mereka. Tidak syak lagi bahawa Yahudi adalah musuh Islam sebagaimana firman Allah Taala, dalam surah Maidah, ayat 82,
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik
Fatwa Ulama Isu Gaza
Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jibrin rahimahullah.
Dengan ini, maka wajib ke atas orang Islam yang ditindas agar terus bersabar dan mengiranya sebagai pahala dalam musibah ini, mengingati firman Allah Taala dalam surah Ali Imran, ayat 186, Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu hingga akhir ayat, dan firmanNYA lagi, dalam surah Baqarah, ayat 155, Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
Dan kami juga berpesan ke atas mereka agar bertahan dengan kemampuan sedia ada serta berserah sepenuhnya kepada Allah dan berdoa memohon kemenangan ke atas musuh-musuh, juga merasa yakin sepenuhnya (thiqah) dengan pertolongan Allah Taala, kerana Allah Taala mengkhabarkan mengenainya, dalam surah Muhammad ayat 7, Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Firman Allah lagi, Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah (Al-Anfal, ayat 10), maka hendaklah mereka menjaga perintah-perintah Allah dengan perbuatan yang diperintahkanNYA dan meninggalkan perkara dilarang, beriltizam dengan syariat, memelihara keimanan, selain tidak merasa takut melainkan Allah, mengingati firman Allah Taala, Sesungguhnya yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imran, ayat 175)
Begitu juga, kami mengingatkan sekalian orang-orang Islam di setiap pelusuk tempat mengenai hak-hak persaudaraan umum Islamiyah, kerana orang Islam ada bersaudara di setiap tempat, dan orang-orang Islam dari penduduk Gaza adalah lebih utama dimana mereka memerlukan pertolongan saudara seIslamnya dengan kemampuan yang boleh, hingga terangkat kezaliman musuh daripada mereka. Melalui cara menekan musuh supaya menghentikan kezaliman yang dilakukan tanpa sebab melalui setiap persidangan (antarabangsa) serta menakutkan musuh mengenai akibat dari perbuatan zalim dan permusuhan (yang dilakukan oleh mereka iaitu Zionis)
Kami menasihatkan orang-orang Islam di setiap tempat supaya mendoakan saudara-saudara mereka agar dikurnia kemenangan serta keteguhan (jiwa), maka kami berpandangan diharuskan berqunut dalam setiap solat atau dalam solat maghrib serta subuh, mendoakan ke atas orang-orang tertindas, doa (kemusnahan)ke atas golongan melampau yang zalim (Zionis), begitu juga kami berpesan agar segera membantu mereka bentuk material dan moral semampu boleh seperti berinfak untuk mereka dengan harta, terutamanya bantuan makanan, kerana tanaman dan ternakan mereka dimusnahkah musuh (Zionis), kemudian, menderma darah bagi pesakit yang memerlukannya, menerima pesakit-pesakit yang mengalami kecederaan serta merawat mereka semampunya, dengan harapan agar mereka dapat menerus kehidupan dengan gembira bersama ahli keluarga dan anak-anak mereka, maka kirimkanlah (sebanyal-banyaknya) bantuan pelbagai bentuk, seperti pakaian, makanan, peralatan mahupun apa jua yang diperlukan mereka.
Monday, June 7, 2010
Keprihatinan Ulama' Terhadap Penderitaan Gaza
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KAMPUNG MASJID
-
-
Kenapa MIMOS YANG DI AUDIT BUKAN MY DIGITAL ID? -  PERTANYAAN KEPADA MENTERI Soalan: Minta MENTERI memberikan penjelasan berhubung tadbir urus dan perlaksanaan projek My Digital ID, khususnya melibatk...4 months ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...1 year ago
-
-
Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) Menghalang Lompat Parti. - Teks Perbahasan V. Sivakumar , Ahli Parlimen Batu Gajah, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) Menghalang Lompat Parti pads 28/7/2022 di Dewan Rakyat, ...3 years ago
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi - [image: Image result for nabi dan jenazah yahudi] Hadis tersebut adalah sahih, muttafaq alaih. Lafaznya seperti berikut: Sahl bin Hunaif dan Qees bin S...6 years ago
-
Perbezaan Lelaki Prempuan. Wajib baca bagi suami isteri - | Perbezaan suami dan isteri dalam berkonflik | (Sambungan) . Lelaki dan wanita mempunyai cara fikir dan (cara merasa) yang berbeza dalam menghadapi ...7 years ago
-
Pendidikan bukan perkara main main - Pelaburan untuk pendidikan tidak akan sia sia. Kerajaan perlu serius mengkaji keperluan sebenar masyarakat dalam negara, mengenalpasti apakah ilmu yang di...8 years ago
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...8 years ago
-
hello blog. - Ini kali lah...! Posting menentang arus itu memang tak popular. Tapi jika posting membodek dan mengampu tetap digemar oran " Jika kita mengejar AKHIRAT, DU...8 years ago
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud. - Assalamualaikum Wrb. Sholat sunnah Tahajjud adalah ibadah yang istimewa. Berbagai keistimewaan dan manfaatnya sangat menakjubkan. Mulai dari ketenangan ba...9 years ago
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru - Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara. Lokasi yang m...9 years ago
-
Muhyiddin gugur, Zahid Hamidi jadi TPM - 6 0 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan...10 years ago
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran - Salam, ustaz baru-baru ni heboh pasai Tun cakap hudud tak wajib ke atas orang Islam sebab tiada dalam al-Quran katanya hanya kata-kata ahli fiqah saja. A...12 years ago
-
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...13 years ago
-
SPKB AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN DR LO'LO' MEMBELA NASIB PEMILIK DAN PERWARIS TANAH KG BHARU - Sekretariat Pembangunan Kampung Bharu (SPKB) dengan ini menyatakan bahawa kami akan meneruskan perjuangan Allahyarhamuha YB Dr. Lo'lo',bekas Ahli Parlim...14 years ago
-
-
KAMPUNG TELUK DALAM
-
Israel–Iran Bakal Meletus Lagi? Laporan NYT Dedah Tanda-Tanda Awal! - Laporan baharu oleh *The New York Times* memberi amaran bahawa satu lagi pusingan peperangan antara *Israel* dan Iran mungkin tidak dapat dielakkan, apa...8 months ago
-
Perutusan Dari Tun Mahathir - PERUTUSAN KHAS YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU) 1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...6 years ago
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com7 years ago
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...8 years ago
-
-
-
KAMPUNG TELUK KECIL
-
Terengganu: Gegantung papar ayat berbaur lucah sekitar Kuala Terengganu diturunkan - BernamaKUALA TERENGGANU: Gegantung iklan memaparkan ayat berbaur lucah sekitar bandar raya ini seperti yang tular di laman sosial sejak semalam telah ditur...9 hours ago
-
Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah - Bulan puasa baru-baru ini, saya dikejutkan dengan berita anak saudara hancur tapak tangan terkena mercun. Budak malang itu cuba menjadi kreatif dengan meng...2 months ago
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...2 years ago
-
Nurrani Masuk TV Nyanyi Lagi Syantik Bareng Lee Jeong Hoon & Nikita Mirzani - *Nurrani* Masuk TV Nyanyi lagu *Siti Badriah - Lagi Syantik* Bareng Lee Jeong Hoon dan Nikita Mirzani Setelah video tiktok dan Instagram Nurrani menyanyika...8 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN - *SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM 11/5/2018 (J...8 years ago
-
Nak Jadi Menantu Ye? Full Movie - *Kategori:* *Telemovie* *Tahun:* 2017 *Tonton ►* *Download ▼* *Slot: RTM1 *9 years ago
-
Situasi Terkini : TNB hadapi banjir - SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dapat memulihkan 45 MW (megawatt) dari 200 MW bekalan tenaga yang masih terjejas di negeri-negeri yang ma...11 years ago
-
Lelaki ini terselamat dari keduadua nahas MH370 dan MH17 - Alam semesta ini turut memberi jawapannya apabila se org lelaki Belanda Marten de Jonge secara kebetulannya terselamat dari kedua dua nahas kapalterbang MA...11 years ago
-
Hukum Beri 'SALAM', 'AKUM', 'ASKUM',..'ASKRIM!' - Ustaz Azhar Idrus - http://www.youtube.com/watch?v=xtB8wUFxNz4endofvid[starttext][endtext]12 years ago
-
Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah - *SHAH ALAM:* Cadangan Tan Sri Zainuddin Maidin agar Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menerajui kabinet memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada Perdana...12 years ago
-
Info Solat - Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam keadaan b...12 years ago
-
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH - oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau sebagai Pres...14 years ago
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia - Berita TV9 : Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengesahkan Kapal Israel memasuki pelabuhan Malaysia untuk tujuan pedagangan.14 years ago
-
peringatan PRU 13
DOA MINTA TURUN BALA
“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.
Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.
AMIN”
Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.
AMIN”

No comments:
Post a Comment