Sunday, June 6, 2010

Bagimana Kalau Yang Lakukan Keganasan Itu Komando Iran..

Oleh IZMAS

BEBERAPA persoalan boleh dibangkitkan sekitar serangan ganas dan kejam komando rejim Yahudi ke atas kapal bantuan kemanusiaan, Freedom Flotilla ke Gaza. Dalam tragedi itu sembilan nyawa tidak berdosa dan bersenjata terkorban dan dikatakan ada beberapa nyawa lagi yang hilang tidak didedahkan tentera Israel untuk menutup kekejaman mereka.

Pertama, seandainya keganasan itu dilakukan oleh komnado Iran dalam insiden serupa - katakanlah di tempat lain seperti di perairan negara-negara telok - pastilah Amerika Syarikat (AS), negara-negara barat terutama Israel tanpa banyak alasan dan tidak teragak-agak akan menjadikan isu itu sebagai senjata besar bagi menghukum dan menyisihkan Iran dari dunia antarabangsa dalam pelbagai bidang termasuk sekatan yang tidak berperikamanusiaan.

Alasan Iran pasti tidak akan didengar dunia – yang sudah dipengaruhi AS - dan menggesa sertamerta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak menghukum negara Islam itu sebagai pengganas yang perlu dihapuskan. Berbagai tuduhan dan kecaman sengaja diperbesarkan AS bersama rejim Yahudi untuk berpakat dengan barat menghasut dunia menyerang Iran seperti yang mereka lakukan ke atas negara Iraq untuk menghapuskan Presiden Saddam. Pada ketika itu apakah negara Islam, OIC dan Liga Arab boleh buat? Kita akan menyaksikan hipokrasi terbesar AS dan barat dalam mengendalikan kes Iran itu. AS dengan bantuan tentera Nato akan menyerang dan menghancurkan Iran seperti mana mereka memusnahkan Iraq. Dan inilah hakikat yang harus diterima negara dan dunia Islam tentang double standar AS dan Barat!

Namun, hal itu tidak mungkin berlaku jika Israel yang melakukan keganasan seperti yang berlaku sekarang. Oleh kerana serangan itu dilakukan kamonado Isreal (sekutu rapat Amerika dan barat) insiden itu tinggal sebagai kecaman dan kutukan di merata dunia tanpa tindakan konkrit dan setimpal dikenakan terhadap Isreal. Amerika (big brother kepada Israel) dengan apa cara serta alasan akan melindungi negara Yahudi itu dan tidak akan berani mengecam secara terangan Israel sekedar berpura-pura memihak suara dunia mengutuk tindakan kejam Israel. Terbukti kini, pentadbiran Obama menerima alasan rejim Yahudi yang membenarkan tindakan ganas komando Israel itu sebagai alasan mempertahan diri dan berhak bertindak terhadap anak kapal Fortilla yang kononnya memulakan serangan serta dituduh membawa senjata untuk Hamas.

Kedua, kenapa tentera komando Israel tidak turun menyiasat dulu kapal bantuan itu sebelum terus menyerang dan membunuh anak-anak kapal yang tidak bersenjata? Alasan Israel bahawa anak-anak kapal itu yang memulakan tragedi adalah alasan palsu untuk mengelak diri dari di tuduh sebagai pengganas. Jika Israel bertimbangrasa dan berfikir waras, sepatutnya siasatan awal dan risikan perlu dilakukan segera sebelum serangan dimulakan untuk mengelak kejadian keganasan berlaku. Namun, dari apa yang sudah berlaku – dari cerita mereka yang terlibat - jelas menunjukkan komando Israel sengaja bertindak ganas dan kejam atas alasan untuk menyekat semua bentuk bantuan dari sampai ke Gaza.

Ketiga, mengapa PM Israel, Benjamin Natahanyahu tidak membenarkan siasatan bebas diadakan bagi menyiasat insiden itu? Mengapa Amerika tidak menyokong tindakan itu bagi mencari kebenaran cerita? Kenapa dunia barat setakat mengecam tanpa cuba meghukum Israel sewajarnya dengan sekatan ekonomi dan pemulauan politik antarabangasa terhadap Israel seperti yang dikenakan kepada Iran sehingga kesnya selesai diadili?

Keempat, sekatan Israel ke atas Gaza harus dibuka dan dihapuskan sertmerta untuk membenarkan bantuan sampai kepada penduduk Palestin yang sudah empat tahun dikurung dalam penjara terbesar dunia pernah saksikan. Mesir harus berhenti bekerjasama dengan rejim Yahudi dengan membuka laulan di Rafa bagi membenarkan bantuan kemanusiaan masuk dengan bebas dan terbuka kepada penduduk Palestin. Mungkin tragedi ini sebagai pengajaran terbaik bagaimana kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza yang tidak boleh disembunyikan lagi. Dunia terutama AS harus mendesak rejim Yahudi menerima hakikat bahawa kemenangan Hamas di Gaza dalam pilihanraya 2006 lalu adalah pilihan semulajadi rakyat dan mereka tidak berhak menolak atau menafikannya.

Kelima, negara Islam khususnya Turki termasuk negara kita harus menyaman Israel dan membawa negara Yahudi itu ke muka pengadilan antarabangsa bagi mendapat keadilan terhadap tindakan kejam mereka membunuh sembilan nyawa tidak berdosa serta melanggar hak asasi manusia. OIC dan Liga Arab harus membantu Turki dalam hal ini. Gesaan supaya PBB bertindak tidak mencukupi kerana semua maklum ia bakal dipengaruhi oleh kuasa AS dan negara barat sekutu Israel yang menjadikan isu itu nanti tidak ditangani secara adil dan saksama. Biar Mahkamah Antarabangsa menilai dan membuat keputusan apakah tindakan komando Israel itu wajar atau sebaliknya?

Soalnya, jika rejim Israel terbukti bersalah adakah hukum setimpal boleh dikenakan kepada negara Yahudi itu tanpa prejudis? Dalam hal ini, adakah AS akan berdiam diri dan tidak membela Israel? Hakikatnya, dunia sudah boleh membaca negara Yahudi itu tidak mungkin boleh disentuh (untouchbled) apalagi dihukum kerana inilah kenyataan sebenar yang perlu diakui semua negara. Dunia tiada kuasa melawan AS, Israel dan sekutu baratnya yang disedari tidak pernah memihak negara-negara Islam dalam apa jua situasi dan kondisi!

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.