Thursday, May 20, 2010

Menteri Agama dan Mufti Dicabar Bantah Judi

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengeluarkan kenyataan bagi membantah kelulusan lesen judi yang diberikan kepada Berjaya Group oleh Kementerian Kewangan.

"Semalam beliau dengan lantangnya mengeluarkan kenyataan bahawa Peguam syarie di Mahkamah Syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam. Namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif. Dimanakah suara lantangnya itu," kata Pemangku Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen kepada erapakatan.com.

Beliau yang mewakili DPPWP juga mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan semua mufti di negara ini untuk tampil ke hadapan menghalang tindakan kerajaan meluluskan judi bola sepak piala dunia serta semua aktiviti judi dalam negara ini.

"Kita tidak mahu mereka menjadi mufti yang harus sana harus sini, tetapi bila bertembung perkara yang haram dengan kepentingan periuk nasi mereka, mufti-mufti ini menutup mata dan menyembunyikan ilmu mereka," kata beliau lagi

Allah pernah menyebut dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 bahawa:

"Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat."

"Layakkah mereka menerima darjat disisi Allah sedang ilmu yang ada tidak digunakan? Seluruh umat Islam mengakui bahawa Ulama' pewaris nabi, tapi adakah mereka layak untuk mendapat gelaran itu jika dalam isu judi ini mereka sanggup berpeluk tubuh?," tegas beliau.

DPPWP berharap para Mufti dan golongan yang faham agama bangkit untuk menentang kezaliman akhlak ini. Judi adalah haram dan ianya bukan hanya haram untuk mereka yang beragama Islam, tetapi kepada semua manusia.

Beliau berkata, Islam diturunkan untuk menyelamatkan manusia, maka tugas dan tanggungjawab umat Islam khususnya golongan Ulama dan mereka yang berilmu adalah menyelamatkan rakyat dari bahana judi. Ingatlah pesanan Rasulullah saw yang dirakamkan oleh Abdullah ra:

"Dengar dan taatlah ke atas seseorang (pemimpin) pada apa yang disukai dan dibenci selagi mana tidak disuruh dalam perkara maksiat. Apabila diperintah pada perkara maksiat, maka tidak boleh didengari dan ditaati. - Riwayat At Tarmizi.

Herman berkata, Walaupun mereka bekerja dengan Kerajaan Malaysia yang mana Perdana Menteri dan Menteri kewangannya serta kabinetnya bersatu menghalalkan judi, tetapi para Mufti dan mereka yang faham agama harus bangkit menentang dan tidak mentaati keputusan mungkar itu.

Yakinlah pada janji Allah dalam surah Surah Al A'raff ayat 96:

“Dan (Allah berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu keberkatan (pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”.

Ekonomi negara ini pasti akan bertambah berkali ganda jika sumber yang berkat digunakan. Menghapuskan judi juga sekaligus akan memisahkan pendapatan dan gaji para Menteri dan Mufti yang dibayar Kerajaan dari sumber-sumber yang haram.

DPPWP dalam pada itu menyeru dengan iman dan taqwa, semoga golongan yang cerdik agama berdiri dibarisan hadapan memerangi agenda judi ini.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.