Wednesday, May 26, 2010

Dewan Himpunan Penyokong Pas Dijangka Bertanding Di Sarawak

Baguslah..memang benarlah slogan pas for all..tentu menarik pilihanraya negeri Sarawak kelak..dulu masa pilihanraya negeri Sarawak 2006, Pas telah hantar seorang calon di Dewan Undangan Negeri (Dun) N24 Beting Maro. Calon PAS, Haji Alem Din (gambar) kalah dengan majoriti

895 undi sahaja. Apapun, tahniah buat PAS kerana tahu, mereka takkan dapat memenangi banyak kerusi sekiranya tiada bukan islam menjadi pendokong mereka.

Pas sedia letak calon bukan Islam di Sarawak

SHAH ALAM – Pas bersedia meletakkan ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang baru diiktiraf secara rasmi minggu lalu sebagai calon untuk mewakili Pas dalam pilihan raya Sarawak.

Bagaimanapun, ia bergantung pada calon pihak lawan meletakkan calon bukan Islam di kawasan yang ditandingi , kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Ali.

Menurutnya, Pas melalui perlembagaan yang akan dipinda akan memberi peluang kepada bukan Islam menjadi calon bukan sahaja di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak.

"Pada pilihan raya umum 2008 lalu, ahli Kelab Penyokong Pas yang bertanding tidak boleh menggunakan lambang bas dan bertanding atas tiket bebas.

"Selepas ini, melalui perlembagaan yang dipinda, mereka boleh bertanding dan menggunakan bendera Pas ," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pencalonan ahli bukan Islam bergantung pada keperluan dan agihan kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak mahu sebarang pertembungan.

Hadi berkata, PR tidak mahu sebarang pertembungan dan lebih suka pertandingan dua penjuru dengan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Ketua DHPP, Hu Pang Chaw mengalu-alukan peluang yang diberikan Pas dan ini membawa mesej yang jelas bahawa perjuangan pari itu tidak meminggirkan orang bukan Islam.

Menurutnya, ia merupakan penghormatan kepada masyarakat bukan Islam dan memperlihatkan Pas tidak mengamalkan politik perkauman

Pang Chaw berkata, DHPP akan mengadakan mesyuarat pertama Jun ini bagi menubuhkan DHPP di setiap kawasan dalam menambah sokongan bukan Islam.

"DHPP menyasarkan 50 peratus penambahan ahli DHPP sehingga hujung tahun ini. Kini keahliannya berjumlah 20,000 orang," katanya.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.