Wednesday, September 28, 2011

Menangani pengundi Melayu di Selangor

Oleh Abd Shukur Harun

SELANGOR negeri kaya dan ternama. Ini kata-kata yang sering diulang oleh ramai orang, apabila mereka mehttp://www.myfareast.org/Malaysia/images/SelangorStateFlag.jpgmperkatakan dunia politik, khusus apabila mengaitkannya dengan pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang akan menjelang tidak lama lagi.

Negeri itu bersama tiga lagi negeri – Pulau Pinang, Perak dan Kedah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam tsunami politik PRU ke-12 pada 2008. Kelantan masih utuh diperintah oleh PAS Pakatan Rakyat, sementara Perak dirampas kembali oleh Umno- BN dengan cara paling kotor.

Sesetengah pemerhati berkata, kekalahan Umno-BN di Perak, Kedah dan Pulau Pinang dalam pilihan raya umum itu tidak begitu mengejutkan, berbanding dengan kekalahan Umno-BN di Selangor, sebuah negeri yang dianggap mustahil dapat dirampas oleh pembangkang. Namun, apa yang terjadi telah terjadi.

Bermula daripada kekalahan itu, pelbagai cara telah dilakukan oleh Umno-BN – siang dan malan - untuk menawan semula negeri kaya dan ternama itu.

Daripada tindakan yang boleh diterima akal hingga kepada yang tidak boleh diterima akal, malah dalam apa ukuran pun.

Tidak menjadi rahsia umum lagi bahawa PAS yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor telah dituduh sebagai alat DAP untuk mengecilkan kuasa Melayu. PAS dituduh telah lari daripada dasar perjuangannya untuk mempertahankan Islam dan pelbagai lagi. Yang terkini, yang lebih dahsyat, PAS dituduh pro-komunis, sebuah tuduhan yang diharapkan oleh mereka dapat mempengaruhi orang kampung dengan mudah.

Kesimpulan daripada semua kempen Umno-BN ini, ialah untuk ‘melunturkan’ sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat, khususnya PAS. Ini sudah diketahui umum. Persoalannya di sini, di tahap mana propaganda Umno-BN ini dapat diterima oleh orang Melayu, khususnya pengundi di luar bandar. Membaca tulisan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, ada bayangan kebimbangan beliau bahawa propaganda Umno-BN dikhuatiri sebanyak sedikit berkesan.

Saya menyertai kebimbangan beliau, justeru pada pendapat saya sebuah tinjauan menyeluruh di kawasan majoriti pengundi Melayu, khususnya di Selangor, perlu diadakan segera oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS.

Adalah tidak wajar jika kita menganggap bahawa propaganda ini tidak berkesan sama sekali.

Kita sedang bercakap perihal Selangor di bawah Pakatan Rakyat, yang kini menjadi sasaran habisan-habisan Umno-BN untuk menawannya kembali.

Ini adalah sebuah cabaran yang sangat besar dan getir.

Sejak mengikuti kempen pilihan raya kecil tahun lalu di Hulu Selangor – di mana Pakatan Rakyat kalah - saya menjangkakan ada perubahan di sana, bahawa persepi penduduk di sana, khususnya di kawasan Felda waktu itu, ialah Selangor seolah-olah masih diperintah oleh BN, Menteri Besarnya masih Khir Toyo.

Adakah selepas itu usaha intensif dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk merubah persepsi tersebut? Dan bagaimana dengan kawasan majoriti Melayu yang lain, yang dijangka akan ditandingi kebanyakannya oleh calon PAS?

Pakatan Rakyat telah berjaya mendedahkan – setiap hari – kepincangan dalam senarai pemilih SPR, nama bertindah lebih daripada sekali, namanama aneh yang muncul, tiadanya alamat pengundi. Itu belum lagi kes-kes pendatang asing didakwa boleh mendapat kerakyatan dan terus boleh mengundi dan pelbagai lagi.

Tetapi persoalannya tidak terhenti di sini saja, iaitu bagaimana dengan pula dengan jentera penerangan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor. Tumpuan sangat diperlukan di kawasan majoriti pengundi Melayu seperti di Tanjung Karang, Sabak Bernam, Dengkil, Hulu Selangor, Kapar, Sekinchan dan Teluk Datuk. Kalau menurut Ketua Publisiti DAP dan Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, pada ketika ini kedudukannya ialah 53-47 yang memihak kepada pakatan pembangkang.

Beliau bagaimanapun menzahirkan rasa bimbang dengan pengundi India dan Melayu yang menurutnya memainkan peranan paling penting di kawasan separa bandar.

“Ini bukannya perkara mudah. Kami berasa selesa di kawasan bandar tetapi bukan di kawasan separa bandar, misalnya di tempat-tempat seperti Hulu Selangor dan Kapar (di mana) 10 peratus (sokongan) boleh beralih ke mana-mana pihak,” katanya.

Kita sedang bercakap, khusus mengenai negeri Selangor yang kini menjadi sasaran utama Umno-BN untuk merampasnya kembali. Justeru, seluruh jentera Pakaran Rakyat Selangor mestilah ditumpukan untuk mempertahankan negeri kaya ini. Strategi yang menyeluruh dan bersepadu mestilah digerakkan segera untuk menyelamatkan Selangor ini.

Memang Jentera Pilihan Raya PAS Selangor (JPN) telah digerakkan sepenuhnya untuk mempertahankan kerusi Dun dan Parlimen yang ada, bahkan menambahnya.

Tetapi persoalannya jentera penerangan, usaha mendaftar pengundi baru, bantahan dan sebagainya perlu dilakukan beriringan dengan jentera JPN.

Ada pandangan beberapa pihak yang meninjau suasana di kawasan pedalaman di Selangor bahawa aspek kebajikan pengundi di sana, sentuhan peribadi, umpamanya ziarah orang tua yang uzur, mengambil peduli golongan miskin dan kurang upaya ternyata belum lagi sampai ke tahan yang diharapkan.

Sentuhan peribadi sangat penting iaitu mendekatkan hubungan Pakatan Rakyat dengan rakyat biasa. Benar, pelbagai skim bantuan, sumbangan telah dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat sejak memerintah Negeri Selangor, namun ini belum memadai jika sentuhan peribadi belum lagi sampai ke tahap maksimum.

Di majlis hari raya Pakatan Rakyat di mana-manapun, sudah banyak sumbangan dihulurkan kepada golongan miskin dan ini memang sesuatu yang sangat menarik. Namun, mengadakan hubungan peribadi secara langsung dan berterusan – bukan hanya pada bulan Ramadan dan Shawal – sangat penting.

Ini membantu menambah sokongan golongan miskin, khususnya orang Melayu kepada Pakatan Rakyat. Dalam hal ini, cawangan dan kawasan partiparti dalam Pakatan Rakyat perlu mengambil peranan penting, kerana mereka berada di depan pintu gololongan miskin yang perlu dibantu itu.

Pada pendapat saya, jika pengundi luar bandar ini dapat ‘ditawan’ hati mereka, dengan menunjukkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka, maka masalah – kalaupun tidak semua - pengundi Melayu di luar bandar dapat diatasi, dalam masa yang sama kita memohon pertolongan Allah SWT untuk merubah fikiran mereka.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.