
Bukankah gambar ini boleh dimengertikan oleh sesiapa juga bahawa UG itu masih hidup segar? Lihat sahaja rawak muka Najib dan Muhyiddin, yang begitu gembira dengan kehadiran pemimpin PAS (Nasyaruddin dan Hadi yang turut kelihatan gembira) bergambar sama.
Mengapakah begitu pantas 2 pemimpin PAS ini menerima pelawaan pemimpin UMNO yang kemudiannya kedua-dua itu "ditipu" apabila sebenarnya yang hendak diutamakan ialah bergambar sama untuk menunjukkan keakraban UMNO-PAS demi menghancurkan Pakatan Rakyat?
Mengapakah tidak belajar dari peristiwa-peristiwa lalu? Mengapa pemimpin PAS kita terlalu lemah untuk berfikir supaya tindak-tanduk mereka tidak mengelirukan orang lain?
TGNA pernah ditipu oleh Najib sewaktu kunjungan Najib di Kelantan di mana wakil Najib telah menjemput TGNA ke lapangan terbang untuk "menyambut" Najib. Gambar kedua-dua pemimpin itu kemudiannya dimanipulasikan namun telah dijawab oleh TGNA bahawa kerjasama yang dikehendaki oleh Kelantan ialah diantara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Bukan PAS dengan UMNO. Gi jahanam dengan UMNO - tegas TGNA.

Jangan salahkan rakyat, jangan disalahkan ahli PAS, jangan salahkan blogger - jika PAS terus ditimpa musibah di setiap kali keputusan pilihanraya yang melibatkan PAS selepas ini.
No comments:
Post a Comment