"Luncai" - Hadiah Untukmu Blogger!
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala' (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang "menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim".
Katanya, kesemua pemimpin tersebut - yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional - dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu.
"Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam," katanya.
Berucap dalam muktamar ke-56 parti itu di Pengkalan Chepa hari ini, Abdul Hadi juga mengingatkan anggota dan pemimpinnya tidak terpedaya dan "hanyut bersama luncai di luar parti yang berkeliaran dengan labu-labunya".
"Alhamdulillah, walaupun kita berhadapan dengan cabaran sebegini, tidak ada seorang pun di kalangan kita yang terkeluar daripada bahtera perjuangan mengikut telatah luncai-luncai itu, walau pun menghadapi ribut dan gelombang yang datang dari segenap penjuru," katanya di hadapan kira-kra 2,000 perwakilan dan pemerhati.
Beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat turut hadir dalam muktamar itu, antaranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular DAP Lim Kit Siang, penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan wakil-wakil parti Islam daripada luar negara.
Sementara itu, menyentuh soal hubungan dalam Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata selepas beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini, terutamanya di Sibu, telah menunjukkan kesetiaan dan kebersamaan gerak kerja yang baik.
"Oleh yang demikian, pendekatan fekah politik Islam yang dipegang oleh PAS menerusi amalan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam Pakatan, dengan model Islam yang sebenar, akan terus diperkasakan," kata beliau yang juga ahli parlimen Marang.
Bagaimanapun, tambah Adul Hadi (kanan) lagi, penyertaan parti Islam itu dalam gerakan politik Islam mewajibkannya meneruskan persaudaraan ukhuwah (persaudaraan) dengan semua kumpulan Islam dengan penuh tasamuh.
"Inilah yang mewajibkan semua kumpulan Islam berada dalam saf (barisan) perjuangan Islam bersama PAS.
"Ukhwah yang dibina ini pula, wajar untuk digerakkan ke arah melaksanakan tanggungjawab amal Islami yang syumul (lengkap) di segenap pelusuk negara," katanya. -mk
Ulasan GB
Terima kasih Datuk Seri Presiden untuk gelaran Luncai itu sekalipun ia mungkin bukan bertujuan untuk semua blogger.
Sebenarnya, blogger tidak pernah mengharapkan penghargaan dan balasan daripada parti sekalipun blogger selama ini telah bekerja keras untuk kemenangan parti sebelum, semasa dan sesudah pilihanraya.
Ada blogger yang bersengkang mata dari pagi sampai ke malam, malam sampai ke pagi, untuk menyediakan dan menyebarkan berita alternatif kepada rakyat yang umum mengetahui bahawa berita-berita parti tidak disampaikan secara jujur oleh media massa arus perdana.
Dan tatkala blogger bekerja, tatkala itu sudah ramai pemimpin parti yang sudah tidur lena.
Dan apabila blogger menegur pemimpin, contohnya di dalam isu UG, satu gagasan yang telah menyebabkan parti kehilangan sokongan dari pengundi atas pagar, tiba-tiba pemimpin melenting dan kemudian menuduh blogger tidak wala', tidak setia dan seumpamanya.
Kalau dulu blogger dituduh menerima habuan dari seseorang, dituduh penyebar "fitnah yang benar", kini dikatakan blogger dari golongan fasiq lalu dibacakan ayat supaya berhati-hati menerima berita dari orang fasiq.
Sefasiq-fasiq ahli, ia tidak memberi impak kepada jemaaah seluruhnya, tetapi sealim-alim pemimpin yang memegang parti akan menghancurkan parti seluruhnya apabila mangaturkan perencanaan jahat untuk bersekongkol dengan musuh.
Saya igin bertanya berapa nilai yang parti hargai dan pernah bayar terhadap peranan dan sumbangan blogger selama ini untuk kemenangan calon-calon parti?
Malah blogger ini terus bekerja sekalipun tidak dihargai, kerana masing-masing belajar untuk mengikhlaskan diri terhadap deen dengan harapan Allah s.w.t. akan membalas sekalipun manusia melupakan mereka setidak-tidaknya Allah mengampunkan dosa-dosa kefasikan jika ada dilakukan oleh para blogger terlibat.
Tetapi adalah menjadi tanggungjawab parti untuk menjaga mereka, memupuk dan menyuburkan mereka supaya mereka terus berada di persada siber berjuang, tetapi apa yang berlaku, mereka dihadiahkan dengan gelaran lapuk bernama Luncai.
Ada yang menempelak GB, mana keikhlasanmu jika mengharapkan balasan?
GB tidak mengharapkan balasan, tetapi seperti yang GB utara di atas menjadi tanggungjawab dan kewajipan parti untuk menilai dan menghargai peranan blogger selama ini. Sementelah lagi blogger juga adalah manusia biasa, bukan robot-robot - malah robot-robot juga perlu digerakkan dengan sesuatu yang bukan sekadar air liur!
Jika demikian apakah Presiden, Timbalan Presiden dan semua pimpinan PAS sudah cukup ikhlas terhadap parti tanpa sebarang imbuhan? Jika demikian pulangkan sahaja gaji-gaji dan elaun-elaun Yang Berhormat 100% yang nilainya ribuan RM seorang itu kepada parti jika benar-benar berjuang kerana agama.
Tiada yang lebih mendukacitakan apabila Presiden sendiri tanpa segan silu di dalam satu jawapan kepada wartawan baru-baru ini bahawa beliau tidak membaca blog.
Blogger tidak kisah Tuan Presiden tidak membaca blog, tetapi anehnya beliau boleh menuduh blogger menyebarkan fitnah. Apakah semua blogger menyebarkan fitnah maka lantaran itu Tuan Presiden lansung tidak mahu menjengah blogger yang sebahagian besarnya berjuang untuk untuk parti?
Blogger tidak kisah Tuan Presiden tidak membaca blog tetapi setidak-tidaknya rakyat terbanyak dan para ahli memerlukan berita dari blog - kerana itulah sumber alternatif yang ada kini.
Beberapa orang blogger telah pun mengundurkan diri kerana hal yang GB nyatakan di atas - seperti TARAKNAMA keluhannya boleh dibaca di karpet hijau Blog GB, KetuaPerusuh dan lain-lain.
Dan jika parti terus-terusan tidak menghargai blogger sebaliknya mengambil sikap bermusuhan dengan mereka, kita sama berserah kepada Allah - alaisallahu biahkamil- hakimiin - bukankah Dia sebaik-baik Hakim?
Tidak semua blogger bebal seperti yang diucapkan oleh Tuan Presiden seperti yang diungkapkan melalui sepotong hadith yang dibacakan sewaktu ucapan perasmian pagi tadi, kerana mana tahu ada di kalangan blogger itu antara kekasih-kekasih Allah juga yang sentiasa beramal dan takut kepadaNya?
KAMPUNG MASJID
-
Mana Gambar Pemimpin Bersatu Dan Gerakan, Kenapa Wajah Pemimpin PAS Sahaja
Pada Poster 'Teraju Pahang'?
-
Berita panas hari ini, tersebarnya poster 'TERAJU PAHANG' sekali lagi. Tapi
kali ni tak ada tulis PAS atau PN teraju Pahang.
Cuma ada logo bawah gambar ...
2 months ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
-
* KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali
kubur diri mereka sendiri.”
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
10 months ago
-
-
Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) Menghalang Lompat Parti.
-
Teks Perbahasan V. Sivakumar , Ahli Parlimen Batu Gajah, Rang Undang-undang
Perlembagaan (Pindaan) Menghalang Lompat Parti pads 28/7/2022 di Dewan
Rakyat, ...
3 years ago
-
(KERJA KOSONG SEGERA) Handling Baggage Ground Crew KLIA
-
Handling Baggage Ground Crew *KLIA*
Diperlukan segera ada 50 kekosongan
Berminat ‼ segera ... www.wasap.my/601120739987/nakkerja
18 - 45 tahun lelaki war...
5 years ago
-
Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi
-
[image: Image result for nabi dan jenazah yahudi]
Hadis tersebut adalah sahih, muttafaq alaih. Lafaznya seperti berikut:
Sahl bin Hunaif dan Qees bin S...
5 years ago
-
Perbezaan Lelaki Prempuan. Wajib baca bagi suami isteri
-
| Perbezaan suami dan isteri dalam berkonflik |
(Sambungan)
.
Lelaki dan wanita mempunyai cara fikir dan (cara merasa) yang berbeza dalam
menghadapi ...
6 years ago
-
Pendidikan bukan perkara main main
-
Pelaburan untuk pendidikan tidak akan sia sia.
Kerajaan perlu serius mengkaji keperluan sebenar masyarakat dalam negara,
mengenalpasti apakah ilmu yang di...
7 years ago
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
-
*Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam*
Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang
dimiliki orang y...
7 years ago
-
hello blog.
-
Ini kali lah...! Posting menentang arus itu memang tak popular. Tapi jika
posting membodek dan mengampu tetap digemar oran " Jika kita mengejar
AKHIRAT, DU...
7 years ago
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.
-
Assalamualaikum Wrb.
Sholat sunnah Tahajjud adalah ibadah yang istimewa. Berbagai keistimewaan
dan manfaatnya sangat menakjubkan. Mulai dari ketenangan ba...
8 years ago
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru
-
Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual
dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara.
Lokasi yang m...
8 years ago
-
Muhyiddin gugur, Zahid Hamidi jadi TPM
-
6 0
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan...
10 years ago
-
Kata Tun Mahadir Hudud Tidak Wujud Dalam al-Quran
-
Salam, ustaz baru-baru ni heboh pasai Tun cakap hudud tak wajib ke atas
orang Islam sebab tiada dalam al-Quran katanya hanya kata-kata ahli fiqah
saja. A...
11 years ago
-
cartoon sex
-
11 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat
-
Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير ...
12 years ago
-
SPKB AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN DR LO'LO' MEMBELA NASIB PEMILIK DAN
PERWARIS TANAH KG BHARU
-
Sekretariat Pembangunan Kampung Bharu (SPKB) dengan ini menyatakan bahawa
kami akan meneruskan perjuangan Allahyarhamuha YB Dr. Lo'lo',bekas Ahli
Parlim...
14 years ago
-
-
KAMPUNG TELUK KECIL
-
Lelaki diserang di Bukit Bintang, polis sahkan video tular
-
FMT ReportersLaporan polis mengenai kejadian dibuat pada 5.29 pagi Selasa,
menurut polis Dang Wangi.Video tular papar seorang lelaki cedera parah
dibantu o...
6 hours ago
-
Amalkan budaya pelajar cemerlang dalam menjalani kehidupan dan urusan
mencari rezeki
-
Baru-baru ini ketika melayari satu page yang mengumpulkan kata-kata
perangsang dan amalan mereka yang berjaya, saya tertarik dengan
perkongsiannya tentang ...
1 week ago
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
1 year ago
-
Nurrani Masuk TV Nyanyi Lagi Syantik Bareng Lee Jeong Hoon & Nikita Mirzani
-
*Nurrani* Masuk TV Nyanyi lagu *Siti Badriah - Lagi Syantik* Bareng Lee
Jeong Hoon dan Nikita Mirzani Setelah video tiktok dan Instagram Nurrani
menyanyika...
7 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
-
*SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA
PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM
11/5/2018 (J...
7 years ago
-
Nak Jadi Menantu Ye? Full Movie
-
*Kategori:* *Telemovie*
*Tahun:* 2017
*Tonton ►*
*Download ▼*
*Slot: RTM1 *
8 years ago
-
Situasi Terkini : TNB hadapi banjir
-
SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dapat memulihkan 45 MW
(megawatt) dari 200 MW bekalan tenaga yang masih terjejas di negeri-negeri
yang ma...
10 years ago
-
Lelaki ini terselamat dari keduadua nahas MH370 dan MH17
-
Alam semesta ini turut memberi jawapannya apabila se org lelaki Belanda
Marten de Jonge secara kebetulannya terselamat dari kedua dua nahas
kapalterbang MA...
11 years ago
-
Hukum Beri 'SALAM', 'AKUM', 'ASKUM',..'ASKRIM!' - Ustaz Azhar Idrus
-
http://www.youtube.com/watch?v=xtB8wUFxNz4endofvid[starttext][endtext]
11 years ago
-
Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah
-
*SHAH ALAM:* Cadangan Tan Sri Zainuddin Maidin agar Tun Dr Mahathir Mohamad
kembali menerajui kabinet memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada
Perdana...
11 years ago
-
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
11 years ago
-
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH
-
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang
saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau
sebagai Pres...
13 years ago
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia
-
Berita TV9 : Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengesahkan Kapal
Israel memasuki pelabuhan Malaysia untuk tujuan pedagangan.
13 years ago
-
DOA MINTA TURUN BALA
“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.AMIN”
No comments:
Post a Comment