Saturday, May 15, 2010

Zambry tiada modal: Nizar

Pelawaan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terhadap Pemuda Pas untuk menyertai UMNO disifatkan sebagai kekeringan modal. Bekas Menteri Besar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin berkata, UMNO diibaratkan sebagai bahtera yang hampir karam.

“Mana mungkin Pas akan memasuki parti yang disifatkan hampir karam ini. Tindakan meminta pemuda Pas masuk UMNO itu kira sudah tiada modal.

“Kita boleh buktikan ramai orang UMNO yang memasuki Pas seperti Datuk Zaid Ibrahim yang meninggalkan UMNO,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain berkata, kenyataan Zambry sebagai bukan serius tetapi bersifat kepentingan politik.

Abu Bakar berkata, perjuangan parti yang tidak sama menyebabkan Pas tidak akan bersama UMNO.

“Secara umumnya, Pas tidak akan bersama UMNO selagi UMNO tidak mengubah dasar perjuangannya yang tidak serius memperjuangkan Islam. Namun sebaliknya, orang UMNO seharusnya pergi kepada Pas.

“UMNO sudah kotor. Kepimpinan UMNO ramai yang terlibat dalam rasuah, judi dan sebagainya. Jadi, perlukah Pas pergi ke UMNO pula,” katanya.

Katanya, Pas tidak berminat untuk menyertai UMNO berikutan setiap kawasan mempunyai sasaran mereka tersendiri.

“Setiap bulan kami menerima 240 ahli baru. Kami mempunyai sasaran dengan menambah keahlian di setiap kawasan. Mereka masuk ke dalam parti atas kesedaran dan bukannya di tarik oleh parti lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.