Saturday, May 15, 2010

Wakil Rakyat Lompat Parti

Oleh Nobisha

Menurut laporan Malaysiakini, PAS dikatakan akan memanggil tiga orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco Kerajaan Negeri) yang mewakili parti PKR untuk membuat penjelasan mengenai spekulasi mereka akan keluar parti. Ketiga-tiga mereka ialah S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). ADUN DAP Lee Guan Aik juga akan diminta membuat penjelasan itu pada majlis yang akan diadakan di Kompleks PAS Kedah pada 22 Mei ini.

DUN Kedah mempunyai 36 kerusi. PAS menguasai 16 kerusi, Barisan Nasional 14 kerusi, PKR 3 kerusi dan DAP 1 kerusi. Dua lagi kerusi dipegang oleh Bebas. Ketiga-tiga orang wakil rakyat PKR dilantik sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri.

Spekulasi lompat parti ini semakin kencang apabila beberapa orang Ahli Dewan Rakyat PKR berbuat demikian. Terakhir, ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong.

Disebabkan spekulasi ini, Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Azizan Abdul Razak berkata, sekiranya seorang lagi ADUN meninggalkan Pakatan Rakyat, beliau akan memohon perkenan Sultan Kedah untuk membubarkan DUN Kedah.

Seperti biasa, apabila berlaku insiden lompat-melompat ini, maka tuduhan “rasuah” dan “kena beli” dilaungkan. Di mata mereka, begitulah rendahnya nilai diri dan korup 222 orang Ahli Dewan Rakyat dan lebih 700 orang ADUN di seluruh negara sehingga tidak mampu membuat apa-apa keputusan secara sendirian.

Kalau begitu, mungkin elok untuk parti-parti dalam Pakatan Rakyat mula mengenalpasti wakil rakyat yang korup ini dan menyingkirkan seorang demi seorang sebelum mereka meletakkan jawatan. Buatlah seperti yang dilakukan kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin.

Pendekatan menuding jari menyalahkan wakil rakyat yang lompat parti mungkin boleh memuaskan hati sesetengah penyokong. Namun, ia tidak boleh menyelesaikan masalah dalaman Pakatan Rakyat dan menentukan gabungan itu terus utuh untuk dilihat sebagai parti alternatif dalam PRU13.

Atas alasan itulah maka saya berpendapat adalah elok untuk PKR, PAS dan DAP melakukan muhasabah dan melihat semula kelemahan mereka. Jurang ideologi yang besar antara parti-parti tersebut, pentadbir parti yang lemah dan anggota legislatif yang tidak berpengalaman adalah merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada pergolakan dan rasa tidak berpuashati dalam Pakatan Rakyat. Keghairahan sesetengah pemimpin dan anggota parti untuk menjadi kaya segera juga memburukkan lagi keadaan.

Apa yang disebutkan ini adalah merupakan rahsia terbuka dan diketahui oleh ramai orang. Ia tidak ubah seperti anai-anai. Sikit-sikit, lama-lama roboh satu rumah. Apa yang berlaku sekarang ialah tingkap dan pintu telah mula roboh. Sekiranya dibiarkan, tiang rumah pun akan dimakan anai-anai!

Persoalannya ialah adakah pemimpin dan anggota parti-parti Pakatan Rakyat mampu menerima kelemahan ini dan mengakuinya secara terbuka; kemudian berusaha memperbaiki kelemahan tersebut dan mengukuhkan gabungan itu dalam jangka masa panjang?

Atau, adakah mereka memilih jalan mudah dan menganggap semua wakil rakyat yang mereka sendiri pilih sebagai bodoh dan boleh dibeli?

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.