Oleh Mohd Rashidi Hasan
Tidak dinafikan,  Malaysia adalah salah sebuah negara mengamalkan sistem dem
okrasi dengan  memisahkan tiga elemen penting dalam perundangan iaitu eksekutif,  legislatif dan judiciari.
Gabungan ketiga-tiga elemen ini  diperlengkapkan dengan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan, sebagai  mengimbangi kuasa eksekutif.
Dalam  sistem perundangan Malaysia, diwujudkan pilihan raya untuk memberikan  peluang kepada rakyat untuk memilih wakil parti-parti politik yang  bertanding untuk membentuk sesebuah kerajaan.
Kerajaan-kerajaan  yang dipilih sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri, berperanan  sebagai eksekutif. Kuasa eksekutif diimbangi dengan kuasa Yang  di-Pertuan Agong atau Raja, kuasa legistalif (Parlimen atau Dun) dan  kuasa pengawal undang-undang (judiciari).
Secara teorinya, jika  diteliti dari sudut sistem, Malaysia sudah mempunyai sistem perundangan  yang lengkap dan berimbang.
Namun dari sudut praktikalnya, wujud  banyak kesangsian. Kuasa politik yang dinikmati Umno-Barisan Nasional  sejak sebelum merdeka, tidak memungkinkan sistem demokrasi di negara  berjalan dengan lancar.
Kesangsian terhadap ketelusan sistem  perundangan negara, semakin ketara selepas Pakatan Rakyat berjaya  memenangi 82 kerusi Parlimen dan memenangi lima buah negeri iaitu di  Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Umno yang  menjadi peneraju utama BN seperti 'orang kehilangan akal' apabila kuasa  mereka di Kerajaan Persekutuan dan kuasa mereka di Negeri terlucut.
Umno-BN  tidak boleh duduk diam. Mereka tidak boleh menerima kekalahan dan  mereka tidak percaya mereka boleh dikalahkan.
Maka akibat  daripada ketamakan kuasa dan kegelojohan pemimpinnya. Umno-BN berusaha  menggugat dan menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Umno-BN  menggunakan taktik yang amat kotor dan jijik. Mereka memerangkap  wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lalai dan berkepentingan.
Mereka  menaburkan wang jutaan ringgit untuk membeli wakil rakyat. Mereka  menggunakan kuasa media, kuasa polis untuk menyekat demokrasi, berpakat  dengan hakim untuk membuat keputusan yang memihak dan memanipulasi  golongan istana.
Hasil pencabulan demokrasi yang menjijikkan, BN  berjaya merampas Perak. Hasil ketamakan pemimpin mereka, kini mereka  cuba untuk merampas Kedah pula.
Mereka cuba untuk menggugat  Selangor dan Pulau Pinang, tetapi gagal kerana Pakatan Rakyat mempunyai  cukup kerusi dengan wakil-wakil rakyat yang sangat setia dan komited.
Jika  Umno-BN 'anak jantan' yang menghormati demokrasi, mereka sepatutnya  menunggu Pilihan Raya Umum ke-13 untuk cuba mendapatkan mandat semula  rakyat.
Malangnya, Umno-BN tidak berani berhadapan dengan Pakatan  Rakyat dalam kancah pilihan raya secara demokratik. Mereka ibarat  'pondan siam' yang hanya berani 'berkokok' dalam media massa yang mereka  kuasai.
Mereka mahu berkuasa semula dengan memasuki 'pintu  belakang', mereka tidak mempedulikan kesahihan dari sudut perundangan  atau agama.
Mereka tidak sedar mereka sebenarnya sudah  mencetuskan kemarahan dan kebencian rakyat.
Malah sesiapa sahaja  yang bersekongkol dengan Umno-BN untuk merampas kuasa secara haram akan  menerima balasan daripada rakyat.
Hanya kuasa rakyat sahaja yang  mampu menyelamatkan negara. Selamatkan Malaysia!

No comments:
Post a Comment