Mulai esok,  Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menempatkan anggotanya   di depan premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah   membantah judi bola kepada para pengunjungnya.
Ketuanya, Nasarudin   Hassan berkata, mereka akan ditugaskan mengedar risalah itu sehinggalah   lesen judi bola dibatalkan.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, anggota DPPP akan melakukan tugas itu secara bergilir-gilir mengikut sifnya.
Pemuda PAS juga, katanya, menjemput semua insan yang prihatin yang anti-judi, termasuk bukan Islam, untuk membantu mengedarkan risalah tersebut.

Katanya, ini kerana judi diharamkan oleh semua agama.
Menurutnya lagi, risalah tersebut akan diedarkan sepanjang waktu operasi premis terbabit, serta bergantung kepada kemampuan sif petugas.
Pemberian   lesen judi bola sepak baru-baru ini mendapat tentangan hebat daripada   Pakatan Rakyat serta masyarakat Islam dan bukan Islam.
Nasruddin  sebelum ini telah mengarahkan dewan Pemuda PAS negeri  mengadakan  demontrasi membantah pemberian lesen judi itu.
Jumaat lalu,  demontasi membantah lesen judi itu diadakan serentak  oleh lima negeri -  Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri  Sembilan.
Manakala  Jumaat ini, demonstrasi bantahan  yang sama akan diadakan di Kedah,  Perlis, Kelantan, Pahang dan Selangor.         
 
No comments:
Post a Comment