Wednesday, May 26, 2010

Dewan Himpunan Penyokong Pas Musnah Gara-Gara Pemimpin PAS??

Saya tidak kenal pemimpin PAS ini..itu yang menyebabkan saya menggunakan blog ini sebagai medan saling menasihati..tapi saya takkan burukkan pemipim PAS dalam blog ini..cuma sekadar lontarkan pandangan kerana ia perkara ini bukan qat'i, ia perkara yang boleh diperdebatkan..

Cukuplah mana-mana pembaca blog ini, tegur pemimpin ini jika kenal dia..tapi mungkin akan ada yang kata, pemimpin ini betul..tapi niat saya ikhlas kerana islam..saya pun ada hujah dan tak taqlid pada sesuatu keputusan..elok-elok MIC dan BN bergaduh, kita pula nak larikan lensa media menyerang kita pula..tapi elok dulu baca apa kenyataan pemimpin PAS ini..

Penyokong PAS Bukan Islam Dinasihat Jangan Terburu Buat Tuntutan

RANTAU PANJANG, 26 Mei (Bernama)-- Penyokong PAS bukan Islam diingatkan supaya tidak bersikap terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan terhadap parti itu walaupun mereka akan diberi hak bersuara apabila diterima menyertai gabungan atau sayap baru dalam parti itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, walaupun pada prinsipnya anggota PAS bersetuju dengan kenyataan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerima bukan Islam sebagai anggota parti, mereka harus lebih berhati-hati.

Menurutnya ini kerana perkara tersebut akan diperincikan oleh Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Agung parti bulan depan.

"Oleh itu, kita minta mereka (bukan Islam) jangan terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan sebelum ianya diperjelaskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya kepada Bernama di sini pada Rabu ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw, bahawa penyokong PAS bukan Islam mahu dipercepatkan kelayakan mengundi dalam parti.

Abdul Fatah juga menasihatkan anggota baru parti supaya memahami budaya PAS yang tidak mudah menerima sesuatu pandangan atas dasar mendesak.

-- BERNAMA

Saya tak tahu apa yang dia cakapkan pada pemberita..dan saya yakin dan pasti, berita ini tentu akan dimainkan pemimpin UMNO dan media..tengoklah kalau tak percaya..

Saya dengan rendah diri nak menegur, kenapa pemimpin ini tak call penaung DHPP sendiri, Salahuddin Ayub dan suruh YB Salahuddin tegur sendiri pengerusi DHPP..atau minta YB Salahuddin bersuara tentang ini secara baik kerana ia locus standi, ada hak di sisi perlembagaan PAS..kalau tak ada nombor telefon, mintalah kat Pejabat Pas Pusat..kenapa harus dedahkan pada media..kesanya bukan sikit, tapi akan berikan kesan buruk pada PAS itu sendiri..ini kesannya.

1. PAS akan dikatakan ekstrem dan bukan bersifat toleransi..

2. DHPP akan dilihat tak relevan dan UMNO akan mainkan isu yang PAS wujud DHPP untuk pergunakan mereka, bukannya berjuang bersama.

3. Memang tuntutan DHPP agak mendesak dan dilihat sedikit melampau, tapi boleh tak beritahu macam ini.. Perkara itu akan dibincangkan di muktamar atau mesyuarat PAS dalam masa terdekat..bukannya serang DHPP dengan kata mereka gelojoh dan tak sesuai dengan budaya PAS (kalau lagi advance, buat mesyuarat cepat dan keputusannya diberitahu secepat mungkin).

4. Dan paling dahsyat..PAS akan dilihat masih bersifat kampong dan tidak berbincang secara keluarga..pada masa itu, mereka bukan islam yang berminat dengan DHPP, akan tidak berminat dan katakan PAS ni sama macam UMNO dan Perkasa.

Saya sebenarnya bukannya berminat nak cari kesalahan pemimpin PAS, tapi sekadar menegur kerana saya tak boleh tegur direct pemimpin ini. Sebagai generasi muda, saya tahu ramai pemuda lain yang teruja dengan DHPP ini dan mereka yang berada di atas pagar, turut berminat dengan PAS kerana penubuhan DHPP ini..

Jadi janganlah tindakan kita yang termakan umpan BN dan media, sanggup hancurkan niat murni Tok Guru dan Majlis Syura yang berijtihad dengan nas yang sahih untuk tubuhkan DHPP ini..Dan juga, janganlah bazirkan masa, wang dan tenaga mereka yang tubuhkan DHPP ini kerana tubuhkan DHPP bukannya senang macam tubuh cawangan PAS.

Ingatlah bahawa masa depan islam lebih penting daripada perkara lain..saya susun 10 jari jika saya tersilap dan mohon tunjuk ajar jika saya bersalah..saya tidak mahu pisang berbuah dua kali macam isu kerajaan perpaduan dahulu..minta fikirkan mana Awlawiyat dari memberi kenyataan kepada media, atau berbincang secara tertutup..dan juga aplikasikan konsep fiqh la dhara wala dhirar‟, yang membawa maksud mudarat tidak harus menimpa diri seseorang dan dia tidak harus menyebabkan mudarat ke atas orang lain.

Kalau kenyataan pemimpin ini tak mudarat..fine, silakan. Apapun, saya ada hak lontarkan pandangan secara aqliah, untuk katakan kenyataan pemimpin PAS ini..bring harm to others..bawa mudarat pada orang lain.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.