Friday, May 14, 2010

Azizan Cabar Katak Bertanding Semula !

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mencabar wakil rakyat Bebas, Zulkifli Noordin agar meletakkan jawatan dan bertanding semula di kerusi Kulim-Bandar Baharu jika merasakan mempunyai pengaruh yang besar.

Menurut Azizan, orang ramai sudah tidak lagi menyokong Zulkifli, yang sudah tidak lagi kredibel di Kedah.

“Jika dia berani, dia harus meletakkan jawatan,” katanya dipetik media.

Ini berhubung amaran Zulkifli tentang kemungkinan terjadinya episod 'Perak Kedua'.

“Jika ahli-ahli PKR berfikir macam Zulkifli, maka bukan sahaja beberapa yang akan keluar parti.

"Dia tidak boleh mengisytiharkan bahawa beberapa orang akan lompat parti macam dia kerana kami mempunyai hubungan baik dalam Pakatan,” katanya lagi.

Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Rakyat menegaskan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) buat masa sekarang.

Ini telah dinyatakan oleh Azizan sekaligus mengenepikan amaran Zulkifli.

Beliau turut mengesahkan tiada rancangan untuk mendapatkan perkenaan Sultan Kedah bagi membubarkan DUN memandangkan tiada tanda-tanda akan wujudnya kemungkinan keluar parti, seperti yang dilaporkan.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri mengakui sedang mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesemua 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kekal bersama ikatan itu, sekali gus mengelakkan nasib yang menimpa Perak awal tahun lalu apabila tiga wakilnya keluar parti.

Daripada 36 kerusi di DUN, Pakatan Rakyat mempunyai 20 kerusi dengan PAS memiliki 16, PKR tiga dan DAP satu manakala BN pula 14 dan dua lagi merupakan wakil rakyat Bebas yang pro-BN.

Bulan lalu, Azizan ada memberitahu bahawa beliau akan memohon pembubaran DUN jika ada lagi yang memutuskan untuk keluar parti. EraPakatan.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.