Friday, March 4, 2011

Janji Sanggang belum tertunai, apa pula untuk Kerdau?

oleh: Mat Zain Mat Isa

Pertarungan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau, Pahang, secara rasminya bermula sebaik selesai proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu, 26 Februari. Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan calon PAS, Hassanuddin Salim.

Kerusi N.28 Kerdau kosong ekoran kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 12 Februari. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Zaharuddin menewaskan Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mengambil alih kerusi berkenaan daripada Dato’ Redzwan Harun.

Redzwan merupakan wakil rakyat sulung bagi Dun Kerdau apabila kerusi itu pertama kali diperkenalkan pada PRU 2004, ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003.

Difahamkan sebahagian kawasan Dun berkenaan melibatkan Dun Sanggang yang ditiadakan. Di atas faktor Redzwan selaku penyandang terakhir kerusi Dun Sanggang, beliau diberi peluang menyambung tugasnya di Kerdau pula.

Justeru, Kerdau boleh disifatkan wujud sebagai ganti Sanggang. Banyak persamaan geo-politik dikongsi antara keduanya, termasuk dari segi komposisi pengundi, latar sosio-ekonomi penduduk, tahap pembangunan infrastruktur dan seumpamanya.

Oleh kerana penduduk di situ pernah didedahkan dengan suasana PRK Dun Sanggang, 1 April 2000 lalu, pengalaman itu sepatutnya menjadi pengajaran berguna untuk mereka menilai apa yang dilakukan parti-parti bertanding di Kerdau kini. Apatah lagi setakat ini pun kedua-dua proses demokrasi itu telah menampakkan beberapa persamaan.

Alhamdulillah, proses penamaan calon di Kerdau tidak menyaksikan ada pemimpin BN menungging punggung dan memberikan isyarat lucah ke arah penyokong PAS. Aksi memalukan itu dilakukan tidak lain daripada Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakub sendiri. Ia disaksi ribuan mata, malah sempat dirakamkan orang ramai, pada penamaan calon PRK Sanggang, 21 Mac 2000.

Walau pun Adnan tidak mengulangi perangai kebudak-budakan itu Sabtu lalu, beliau dianggap turut mengulangi kontroversi di Kerdau. Dengan tak semena-mena beliau mendakwa kononnya PAS menuduh calon BN tidak lulus pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sedangkan menurut Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, tiada satu pun kenyataan dikeluarkan mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut.

“PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN, Syed Ibrahim, yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir.

"Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pemimpin PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS,” katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kerdau.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim juga telah memberikan komitmen bahawa partinya tidak akan menggunakan isu peribadi calon BN, termasuk menyerang peribadi beliau sepanjang kempen.

Kita melihat isu ini sengaja ditimbulkan bertujuan memfitnah PAS dan mewujudkan persepsi negatif terhadap parti itu di kalangan pengundi Kerdau. Telahan itu agak munasabah, terutama mengambilkira penerbitan dan penyebaran risalah memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat (PR) telah pun berlaku sebelum penamaan calon lagi.

Antara risalah berkenaan ialah yang bertajuk “Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan”. Risalah memuatkan karikatur itu disertakan logo ketiga-tiga parti PR. Ia bagaimana pun secara jelas cuba mengapikan sentimen perkauman apabila menggambarkan kononnya pihak paling beruntung dan gembira jika PR memerintah negara ialah DAP.

Fitnah dicipta BN itu mewarnai permulaan kempen Kerdau, sama sepertimana isu kontroversi dicetuskan Adnan di Sanggang dulu. Persamaan lain antara keduanya ialah soal penampilan calon. Kedua-dua parti nampaknya mengekalkan “selera” yang serupa.

Di Sanggang dulu, BN memilih Redzwan. Selaku bekas Penyelia Masjid-masjid Daerah Temerloh, beliau adalah calon berlatarbelakang pendidikan agama. Pemilihan Syed Ibrahim, yang juga bekas Pegawai Agama Menteri Besar, kini juga pada landasan sama.

PAS pula mengekalkan calon berlatarbelakang profesional. Dato' Hishamuddin Yahaya yang mewakili PAS di Sanggang dulu seorang peguam dan ahli perniagaan. Kini parti itu memilih Hassanuddin, seorang usahawan industri pembinaan dan pernah terlibat industri minyak dan gas.

Namun persamaan paling dijangkakan ialah taburan janji-janji pembangunan serta curahan projek-projek segera oleh BN. Manakala PAS selaku parti pembangkang yang serba daif dan miskin hanya mampu melihat BN memanipulasi kekuasaan material bagi meraih sokongan pengundi.

"Tuan-tuan mintalah apa sahaja. Musim ini tuan-tuan, kalau nak sungai pun mereka akan lulus. Kalau tuan-tuan nak luruskan jalan yang bengkang bengkok pun, mereka akan buat," kata Tuan Ibrahim sinis.

Pun begitu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan rakyat di Kerdau agar jangan lupa janji-janji BN semasa PRK Sanggang sebelum ini.

Difahamkan antara janji yang sangat diingati penduduk ialah projek perumahan awam di Paya Taram, yang hingga kini gagal ditunaikan.

Justeru, Tuan Ibrahim mengingatkan, watak-watak yang sama akan datang lagi ke Kerdau menaburkan janji-janji serupa.

"Namun tuan-puan kena ingat, jangan sampai tertipu buat kali kedua," katanya kepada pengundi Kerdau.

No comments:

Post a Comment

Kezaliman belum berakhir hulurkan bantuan anda terima kasih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMPUNG MASJID

KAMPUNG TELUK DALAM

KAMPUNG TELUK KECIL

peringatan PRU 13

DOA MINTA TURUN BALA

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.


Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.

AMIN”
" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.